Mee stail saya... almaklumm..ada budak kecik so, sekali masak seme boleh makan. Tapi..saya pun tak sure kenapa namanya 'singapura'...
Bahan-bahan :
Mee Hoon [anggaran 200 gram]- direndam dulu
Bawang Merah 2-3 ulas saiz sederhana
Bawang Putih 4-5 ulas
Halia sedikit
Rempah Tumis
Garam
Bumbunya : [telur ke..ayam ke..daging ke..sotong ke..ikut suka lah]
Karot dipotong jejari
Sedikit Sayur Sawi
Lada Merah dihiris
Daun sup dan Bawang Goreng
Sedikit Lada Hitam
Garam secukup rasa
Cara-cara :
Tumbuk bawang merah + bawang putih + halia. Kemudian ditumis dengan rempah tumis sampai naik baunya. Then, bulehlah masukkan bahan bumbu...[kalau bubuh telur masukkan dulu telur dan biar sampai agak garing]... agak-agak bumbu dah separuh masak, bolehlah masukkan lada hitam dan garam diikuti karot dan sayur. Masukkan sedikit air [anggaran 1/2 - 1 cawan]... kemudian masukkan mee..kaup balik hingga mee kering... Dah siap.. taburkan sedikit hirisan lada merah dan daun sup..bawang goreng jika ada. Selamat mencuba!
*anggaran 3-4 orang makan
... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...
... kullu'aam wa antum bikhair! ...
Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!
" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"

..........................................................................................
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan