Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................
Memaparkan catatan dengan label SUNNAH DAN HIKMAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SUNNAH DAN HIKMAH. Papar semua catatan

Khamis, 30 Oktober 2008

:: Diet Cara Rasul Allah SAW ::

RENUNGAN BERSAMA


Rupanya tanpa kita sadari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU contonya :- KOKTEL


CARA MAKAN

  • JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
  • TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
  • JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
  • Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cubalah.................................
  • Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
  • Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut
  • Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

  • Al-Quran juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain:
  • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
  • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

Marilah kita cuba amalkan bersama secara istiqomah. InsyaAllah... WaLLAHua'lam

Rabu, 15 Ogos 2007

:: Keikhlasan Dalam Menuntut Ilmu ::


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

''Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak''
Hadith Riwayat Abu Daud



:: Huraian Hadith ::

1. Orang yang berilmu dijanjikan Allah kedudukan yang tinggi di dunia mahupun di akhirat kelak.

2. Islam menuntut keihlasan niat dalam segala perkara termasuklah dalam menuntut ilmu sama ada yang berbentuk keduniaan atau ilmu agama. Dengan perkataan lain, setiap ilmu yang dituntut janganlah terkeluar daripada landasan syariat. Ia mestilah dimanfaatkan untuk kebaikan di dunia dan akhirat serta mengutamakan kebajikan manusia sejagat bukannya untuk kepentingan dunia semata seperti mengumpul harta, merebut kenaikan pangkat atau mengejar ‘glamour’ dan sebagainya.

3. Ilmu yang berkat adalah ilmu yang membuatkan seseorang itu semakin dekat dengan Allah SWT bukan menjadikan ia semakin jauh dan lalai sehingga melanggar hukum tuhan dan sanggup melakukan kemungkaran seperti keganasan, menipu, mencuri, merampas hak orang dan sebagainya.

Khamis, 2 Ogos 2007

Dari Ibnu 'Abbas r.a ; Sabda RasulAllah SAW :

" 2 mata yang tidak akan tersentuh api neraka :
mata yang berhirasah (berjaga malam) di jalan Allah
dan mata yang menangis kerana takutkan Allah "

HR At Tirmizi - Hasan Sohih


... MATA ...

Darinyalah turun kepada hati. Mata melihat, memandang dan merenung lantas hati mentafsir dan menduga. Satu NIKMAT yang sangat berharga buat kita yang bisa melihat namun bisa juga menjadi penyebab kepada kesesatan dan kemaksiatan kepada Allah!

Bila melihat sesuatu yang indah ucaplah : MAASYA ALLAH
Bila memandang sesuatu yang kurang indahnya ucaplah : SUBHANALLAH
Memandang dan melihat ... Lhatlah akan kehebatan dan kekuasaan NYA : ALLAHUAKBAR!

Rabu, 27 Jun 2007

.:: Orang Mukmin Yang Kuat Lebih Dikasihi Allah ::.



Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
''Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :'' Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :'' Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan 'kalau' itu membuka jalan kepada hasutan syaitan''
Hadith Riwayat Muslim


.:: Pengajaran Hadith ::.

i) Setiap mukmin itu mempunyai tingkat imannya yang tertentu di mana ada yang kuat semangatnya, ilmunya dan kuat pula berusaha untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup; manakala setengah yang lain pula adalah sebaliknya.

ii) Seharusnya kita berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu di samping meminta pertolongan daripada Allah S.W.T supaya dengan ihsan-Nya Allah memberi taufik dan menjayakan segala usaha yang dilakukan itu kerana manusia walau sebijak mana dan sekuat mana pun ia, tetap berhajat kepada pertolongan dan pimpinan daripada Allah S.W.T.

iii) Demikian juga kita tidak sepatutnya bersikap malas dan malu untuk bekerja serta hanya memasang angan-angan bahawa Allah akan menyampaikan hajat kita dengan alasan Allah itu Maha Berkuasa sedangkan Allah sendiri telah menjelaskan bahawa sesuatu yang boleh diusahakan oleh manusia tidak akan berhasil melainkan setelah diusahakan sebab atau jalan untuk mencapainya.

iv) Sekiranya sesuatu usaha yang dibuat itu ditakdirkan menemui kegagalan maka kita selaku umat Islam dikehendaki menghadapinya dengan perasaan redha, tenang tenteram kerana hal tersebut pasti mengandungi hikmahnya yang tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah.

v) Janganlah sekali-kali disebut perkataan ‘kalau’ jika mengalami kerugian atau kekecewaan kerana ia akan membuka jalan kepada hasutan syaitan yang akan menjadikan seseorang itu gelisah, marah, tidak redha kepada takdir dan ketentuan Allah Yang Maha Esa.




Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Selasa, 26 Jun 2007

.:: SODAQOH ::.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya :
''Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah ,
jika ia tidak dapat berbuat demikian ,
maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah,
jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong
orang yang susah yang memerlukan bantuan,
jika sekiranya ia dapat berbuat demikian,
maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan,
jika ia tidak dapat berbuat demikian juga,
maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan,
kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah''

Hadith Riwayat Ahmad



:: Huraian Hadith ::

i) Membantu orang yang tidak berada dan berkongsi menggunakan suatu kemudahan adalah salah satu daripada sifat yang amat dituntut di dalam Islam.

ii) Setiap umat Islam hendaklah berusaha sedaya upaya untuk melakukan kebaikan dan kebajikan di dalam hidupnya sama ada dengan memberikan bantuan tenaga, buah fikiran atau memberikan nasihat yang berguna kepada orang lain di mana semua ini dinilai sebagai sedekah.

iii) Kategori sedekah yang paling minimum adalah dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang jahat (buruk) di mana dengan cara itu seseorang telah dianggap menyelamatkan masyarakat sekitarnya daripada keburukan dirinya yang boleh membahayakan orang lain.

iv) Bersedekah hendaklah dilakukan dengan hati yang ikhlas dan bukan diiringi dengan perasaan ingin menunjuk-nunjuk (riya’) kerana ini akan menghilangkan pahala bersedekah.

Selasa, 19 Jun 2007

.:: Inna maal 'amalu binniyyaat ::.

Dari Umar bin Al-Khattab r.a katanya, 'aku ada mendengar Rasululluah SAW bersabda ;

"segala amal (gerak geri anggota zahir manusia yang disengajakan)
tidak berlaku melainkan dengan adanyasatu-satu niat
dan sesungguhnya tiap-tiap seorang,

hanya akan beroleh balasan berdasarkan niatnya.
Dengan asas yang tersebut, sesiapa yang berhijrah dengan tujuan
mencapai keredhaan Allah dan Rasul Nya, maka hijrahnya itu
menyampaikannya kepada (balasan baik) Allah dan Rasul Nya,
dan sesiapa yang berhijrah dengan tujuan mendapat faedah dunia
atau dengan tujuan hendak berkahwin dengan seorang perempuan,
maka hijrahnya itu hanya menyampaikannya
kepada apa yang diniatkannya"
Hadis Riwayat Bukhori dan Muslim

Huraiannya Hadis :

Perkataan "Niat" bererti :

(1) Tujuan yang membangkit dan menggerakkan hati seseorang "hendak" melakukan sesuatu perkara yang tertentu.

(2) Perasaan berbangkitnya dan tergeraknya hati hendak melakukan perkara itu.
Pengertian yang pertama menjadi asas untuk menilai baik buruknya perkara yang hendak dilakukan itu.

Pengertian yang kedua pula menjadi asas untuk diiktiraf dan dikirakan perkara yang dilakukan itu.

Tiap-tiap satu perbuatan atau amal yang dilakukan oleh seseorang tak dapat tidak didorong oleh niatnya; dengan sebab itu maka tiap-tiap amal - yang baik dan yang buruk - dinilai berasaskan niat orang yang melakukannya. Cara menilai yang demikian menjadi asas bagi segala amal dalam Islam.

Menurut asas yang tersebut maka satu-satu amal yang dikerjakan oleh dua orang dengan dorongan dua niat yang berlainan maka nilainya dikira berlainan pula.
Bagi menjelaskan keadaan asas itu, Rasulullah s.a.w. bersabda menerangkan amal berhijrah sebagai contoh. Berhijrah - dari Mekah ke Madinah - pada masa itu adalah diwajibkan atas orang-orang Islam. Dalam pada itu amalan berhijrah itu diberi nilaian yang berlainan dengan sebab berlainan niat orang yang melakukannya, sebagaimana yang ternyata dari sabda Baginda dalam hadis ini.

Soal Niat :

Sebelum memulakan sesuatu amal hendaklah terlebih dahulu memperbaiki niat dan keikhlasannya, dan hendaklah mengambil tahu dan memikirkan halnya dengan teliti, kerana niat itu menjadi asas dan segala amal tetap menjadi pengikutnya; - jika baik niat seseorang maka baiklah amalnya dan jika buruk dan rosak niatnya maka buruklah dan rosaklah pula amalnya.

Oleh itu, tiap-tiap seorang janganlah ia menuturkan sesuatu perkataan atau mengerjakan sesuatu amalan atau berniat hendak menjalankan sesuatu urusan, melainkan hendaklah ia menjadikan niatnya semata-mata untuk "bertaqarrub" (mendampingkan diri) kepada Allah dan mengharapkan pahala yang ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Taala bagi amal yang diniatkan itu Benar atau tidaknya niat yang didakwakan oleh seseorang :

Disyaratkan bagi benarnya niat seseorang hendaklah disertakan dengan amal; maka sesiapa yang menuntut ilmu misalnya dan mendakwa bahawa niatnya pada mencapai ilmu itu ialah untuk beramal dan mengajarkannya, kemudian ia tidak melakukan yang demikian setelah mendapat ilmu itu, maka nyatalah niatnya yang tersebut tidak benar.

Juga sesiapa yang mencari kekayaan dunia dan mendakwa bahawa ia mencari kekayaan dunia itu ialah dengan tujuan "berdikari" - tidak bergantung kepada orang dan kerana hendak membantu orang-orang yang memerlukan bantuan, memberi sedekah kepada fakir miskin dan melakukan silaturahim kepada kaum kerabat, kemudian ia tidak melakukan yang demikian setelah mendapatnya, maka nyatalah tidak benar niatnya itu.

Niat tidak dapat mengubah keadaan maksiat :

Sebenarnya niat itu tidak memberi kesan dan tidak dapat mengubah sama sekali akan hakikat sesuatu perbuatan buruk atau sesuatu maksiat.
Perkara yang buruk tetap buruk, walaupun orang yang melakukannya mendakwa bahawa perkara itu dilakukan dengan niat yang baik.

Misalnya : Orang yang meminum arak dengan niat hendak menguatkan badan untuk berbuat ibadat (konon), maka niatnya yang demikian tidak menjadikan perbuatannya itu baik, bahkan niat mendampingkan diri dengan melakukan maksiat itu dikirakan niat yang jahat dan niat itu juga menambahkan kejahatan kepada maksiat yang dilakukan itu.

Oleh itu, tiap-tiap seorang sewajarnya berusaha dengan bersungguh-sungguh menguasai niatnya untuk mengharapkan keredhaan Allah semata mata, dan sewajarnya pula meniatkan ketika melakukan perkara-perkara yang harus sebagai bantuan untuk menolongnya mengerjakan taat kepada Allah SWT.

Elok juga diketahui bahawa sesuatu amal boleh dihimpunkan padanya beberapa niat dan orang yang mengerjakannya mendapat pahala bagi tiap-tiap niat yang diniatkannya itu.

Misalnya: Dalam perkara-perkara taat, apabila seseorang membaca Al-Qur'an hendaklah meniatkan untuk bermunajat dengan Allah Taala, kerana orang yang membaca Al-Qur'an adalah orang yang bermunajat dengan Tuhannya; dan hendaklah juga meniatkan untuk mendapat ilmu pengetahuan dari Al-Qur'an, kerana Al-Qur'an menjadi sumbernya dan juga hendaklah ia meniatkan untuk mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri dan pendengar-pendengarnya dengan bacaan Al-Qur'an itu; dan lain-lain lagi dan niat-niat yang baik.

Dalam perkara-perkara yang harus pula, apabila makan minum hendaklah ia meniatkan untuk mematuhi perintah Tuhannya yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal yang Kami kurniakan kepada kamu,"dan juga meniatkan dengan makan minum itu untuk mendapat tenaga dan kekuatan yang memudahkannya mengerjakan taat kepada Allah Taala dan juga meniatkan untuk melahirkan syukur kepada Allah yang memerintahkan dengan firman-Nya, maksudnya :

"Makanlah kamu dari rezeki Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya" dan demikianlah seterusnya yang sayugianya dilakukan mengenal niat-niat yang baik.''

Sayugia diketahui, seseorang itu tidak sunyi (sama ada ia berniat) untuk melakukan sesuatu perkara dari salah satu dari tiga keadaan :

Bahawa ia berniat serta bertindak melakukannya.
Ia berniat dan tidak bertindak melaksanakannya sedang ia boleh bertindak; maka hukum keadaan niat yang demikian dan keadaan niat yang pertama ada diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. (seperti yang akan dinyatakan dalam hadis 39);ia berniat untuk melakukan sesuatu perkara, sedang ia tidak mampu melakukannya, lalu ia berkata dalam hatinya: "Kalaulah aku terdaya melakukannya nescaya aku lakukan," maka ia beroleh balasan bagi apa yang diniatkannya itu, sama seperti yang didapati oleh orang yang mengerjakannya.

Hendaklah diingat lagi, sesuatu amal itu ada kalanya dikerjakan dengan perasaan riak semata-mata dan ada kalanya bercampur dengan riak. Kedua-dua jenis ini tidak ada pahala padanya bahkan haram dilakukan. Demikian juga tidak ada pahala bagi mana-mana amal yang dikerjakan semata-mata dengan tujuan mendapat keuntungan dunia, seperti berjuang di medan perang untuk mendapat harta rampasan sahaja; tetapi kalau perjuangannya itu untuk meninggikan agama Allah serta mendapat harta rampasan perang, maka perjuangannya yang tersebut mendapat pahala, walaupun tidak sepenuhnya.

Selain dari itu, sesiapa yang melakukan sesuatu amal ibadat, kemudian terlintas di hatinya perasaan riak semasa ia mengerjakannya, lalu ia menolaknya dengan serta merta maka tidaklah tercacat amal ibadatnya itu; masalah ini diakui sahnya secara ijmak. Kalau ia teruskan perasaan riak itu maka hampalah amal ibadatnya yang tersebut dari beroleh pahala - kalaulah perkara yang dikerjakannya itu berhubung antara satu dengan yang lain hingga ke akhirnya, seperti yang terdapat dalam sembahyang dan juga yang terdapat di dalam amalan haji; tetapi kalau perkara yang dikerjakannya itu tidak berhubung antara satu dengan yang lain, seperti membaca Al-Qur'an, bertasbih dan bertahlil, maka ia hanya mendapat pahala bagi bahagian yang tidak ada perasaan riak padanya; kalau pula satu-satu amal ibadat yang dikerjakan itu sempurna dan bersih suci dari segala yang mencacatkannya, kemudian ia dipuji orang lalu ia bergembira dengan pujian itu, maka yang demikian tidak merosakkan ibadatnya yang telah sempurna itu.
WaLLahu'alam

Sabtu, 9 Jun 2007

... banyak cara untuk bersedekah ...

Dari Abu Dzar r.a katanya ;
'' beberapa orang sahabat pernah berkata kepada beliau, 'kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami berpuasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka' Dijawab oleh Baginda Rasulullah SAW : ''bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah, setiap kalimah takbeer adalah sedekah, setiap kalimah tahmeed adalah sedekah, setiap kalimah tahlil adalah sedekah, amar maaruf dan nahi mungkar adalah sedekah, bahkan pada kemaluanmu juga pula terdapat unsur sedekah''. Sahabat bertanya : 'kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami?'. Jawab Rasulullah SAW : ''jika kamu melakukannya dengan yang haram tentunya kamu berdosa, sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal (isteri) kamu mendapat pahala''.
HR Bukhari


Pengajaran Hadith dan Huraiannya :


1. Sedekah adalah sesuatu yang dapat menambahkan pahala seseorang selain daripada amal ibadat atau kebajikan yang diwajibkan untuk dilakukan.

2. Sedekah yang paling mudah adalah dengan menggunakan anggota badan seperti senyum yang tidak memerlukan sebarang tenaga mahupun wang ringgit. Begitu juga dengan berzikir kepada Allah yang hanya perlu diucapkan dengan lidah atau hati. Malah setiap sesuatu yang dilakukan dengan niat kerana Allah adalah dianggap sebagai sedekah.

3. Orang yang memiliki banyak kelebihan sama ada berupa harta benda, kekayaan, ilmu dan sebagainya selayaknya menginfakkan nikmat Allah tersebut untuk membantu mereka yang memerlukan. Dengan itu hubungan antara anggota masyarakat menjadi lebih kukuh tanpa timbul perasaan dengki dan iri hati antara satu sama lain.

4. Bersedekah adalah tanda bahawa seseorang itu mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah. Sebaliknya orang yang bersifat kedekut adalah orang yang tamak. Sedangkan Allah SWT sahaja yang memiliki segala sesuatu dan Dia berhak merampas kembali nikmat tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya. Oleh itu Islam mengatakan bahawa keberkatan rezeki itu adalah bergantung kepada cara bagaimana seseorang menyalurkan rezeki yang diperolehinya sama ada kepada kebaikan atau keburukan.

Khamis, 10 Mei 2007

.:: Pesanan Rasul Allah SAW : 7 golongan yang akan mendapat naungan di akhirat ::.

RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya:
“Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat
iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya
selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah:
Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam
mengerjakan ibadah kepada Tuhannya,
orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid,
dua orang yang berkasih sayang kerana Allah
di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah
untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh
perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu
ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”,
orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga
tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,
dan orang yang menyebut atau mengingat Allah
dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain,
lalu menitis air matanya
kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah”

(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)


Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu:

i.Pemerintah yang adil. Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya.
Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat.


ii.Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya. Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.


iii.Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.

iv.Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.
Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.


v.Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”
Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.


vi.Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya.
Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.

vii.Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.
Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan.

Jumaat, 20 April 2007

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
''Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud,'' Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga '' (HR Bukhari)

.:: Huraian & Pengajaran Hadis ::.

* Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.


* Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak, ibu bapa atau kehilangan orang yang di cintai kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah.
Malah kita dinasihatkan untuk menyebut : '' Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali '' (Al-Baqarah :156)


* Sabar perlu dilakukan pada saat mula-mula menghadapi bala kesusahan atau musibah (berupa ujian hakikatnya) kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.


*
Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.


* Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.

Ahad, 4 Mac 2007

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
'' Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:'Aku takut kepada Allah!', orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah''

.:: Pengajaran Hadis ::.
*Pemerintah yang adil- Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.
*Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya – Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.
*Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid - Sesungguhnya terdapat hadis yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.
*Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah- Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.
*Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”- Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.
*Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya -Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya’ dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakuknnya itu.
*Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah- Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.

Jumaat, 2 Mac 2007


Dari Abu Hurairah radhiaAllahu'anhu katanya : Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud lebih kurang begini bunyinya) :


'' Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir ''




*******************************************************
Dunia ini harus kita nikmati dengan mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dikatakan bahawa dunia adalah penjara bagi mukmin kerana di dunia manusia terdedah dengan pelbagai macam godaan dan ancaman yang mencabar keimanan. Bahkan apa yang dilarang oleh agama itu selalunya menjadi kesukaan nafsu manusia. Namun hakikatnya laranga-larangan itu adalah demi kebaikan dan kesejahteraan manusia itu sendiri agar tidak terjebak ke lembah kebinasaan. Berbeza pula bagi golongan kafir mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga akhirnya mereka merosakkan jiwa dan diri mereka sendiri. Inilah hakikat dunia yang akan menjadikan manusia yang alpa tenggelam di dalamnya. Sebab itu kita selaku orang mukmin diseru agar memanfaatkan dunia dengan bijaksana iaitu apabila kita berusaha memanfaatkan kehidupan dunia sebagai jambatan menuju kebahagiaan akhirat, maka Allah akan memberikan kedua-dua-nya (kebahagiaan dunia dan akhirat). Namun sekiranya kita hanya mengutamakan kehidupan dunia dan melupakan akhirat, maka Allah hanya akan memberikan satu kenikmatan sahaja iaitu dunia semata. Sedangkan di akhirat kelak kita mendapat kerugian yang banyak.

Isnin, 22 Januari 2007

.:: Istiqamah dalam beramal ::.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
‘’ Amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang berterusan sekalipun sedikit’’ (disepakati oleh Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)


.:: Pengajaran Hadis ::.

· Rasullullah SAW sangat inginkan kebaikan ke atas umat baginda. Untuk itu baginda sentiasa menunjukkan kepada kita pelbagai bentuk dan jenis amalan kebaikan (amalan sholeh) serta cara-cara untuk melakukannya dengan betul dan tepat. Tanpa perkhabaran dan pemberitahuan daripada Rasullullah SAW, kita semua tidak akan tahu apakah amalan yang Allah suka dan sebaliknya.

· Amalan manusia terbahagi kepada 2 iaitu amalan yang Allah suka dan amalan (perkara-perkara) yang Allah benci (larang)

· Orang yang beriman akan sentiasa melakukan amalan yang dicintai oleh Allah SWT dan sentiasa berusaha menjauhi perkara-perkara yang dibenci olehNYA.

· Seseorang itu akan mencapai darjat dikasihi dan dicintai Allah selama mana dia melakukan amalan-amalan yang disukai oleh Allah. Menjaga dan memelihara hati daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.

· Amalan yang berterusan (istiqamah) walaupun dalam jumlah yang sedikit (kecil) adalah di antara amalan yang dicintai Allah. Berbanding dengan sesuatu amalan yang nampak besar (kapasiti) tetapi tidak secara istiqamah.


Justeru itu sahabat, dari saat ini marilah kita mulakan sesuatu amalan yang menjadi kecintaan Allah (bagi menambah amalan-amalan yang telah kita buat sebelum-sebelum ini) dengan cara terus-terusan walaupun amalan itu nampak kecil bagi kita. Sebagai contoh : kutip sampah di laluan yang sering kita lalui (jika dah nampak). Kadang kita rasa ‘oo..tak apa..ada makcik cleaner akan sapukan nanti, karang dia takde kerja pulak’’. Selalu mengikuti majlis-majlis ilmu (bukan hanya kerana ada sesuatu yang menarik di sana atau sebab lain), bagi lelaki afdhal kalau berjemaah di masjid (bukan hanya pada hari Jumaat atau sebab nak solat tarawikh sahaja) dan sebagainya.

Ini hanya dalam perkara-perkara dalam lingkungan hidup seharian kita secara luaran, bagaimana pula dengan amalan-amalan sunat kita (selain dari yang fardhu) secara peribadi, antara kita dengan Allah?

Berkata memang mudah... namun kitalah yang patut memilih untuk berusaha mengekalkan amalan kebaikan secara berterusan dan jika ada kekuatan, boleh ditambah lagi sedikit demi sedikit kerana Allah pasti suka.

Isnin, 15 Januari 2007

... Akulah yang perlu memilihnya ...

Sabda RasulAllah SAW bermaksud :

' Barangsiapa yang membuat satu contoh kebaikan,
maka baginya pahala serta pahala orang yang melakukannya
hingga hari kiamat
dan barangsiapa yang membuat satu contoh kejahatan,
maka baginya pula dosa
dan dosa orang yang melakukannya sehingga hari kiamat'

HR Muslim



Kebaikan yang kita lakukan hari ini, siapakah yang memulakannya untuk kita ikut? Berterima kasihlah kepadanya dan syukurlah kepada Allah kerana membuka hati dan memelihara kita untuk berbuat kebaikan.

++ Satu kebaikan itu Allah tidak akan sia-siakannya dengan memberi ganjaran pahala yang dijanjikan NYA dan ke sudahan pahala adalah syurga.

++ Pahala yang berterusan dan berganda bagi orang yang berbuat kebaikan dan menunjukkan contoh yang baik dan kemudian diikuti oleh orang lain. Bermaksud, pahala tersebut kita dapat tanpa disedari (perlu ada ikhlas)

++ Selama hidup kita di dunia ini, berbuatlah kebaikan dan kebajikan sebanyak mungkin kerana apabila mati anak adam, tidaklah dia meninggalkan semua perkara kecuali 3 ::doa anak yang sholeh ::ilmu yang bermanfaat yang diajarkan::sedeqah jariah:: (sedeqah inilah merupakan amalan-amalan kebaikan dan kebajikan)

Nah! Sekarang kita yang akan memilih dan mesti membuat pilihan : baik atau tidak kerana tatkala kita memilih untuk berbuat tidak baik sebenarnya pada masa itu kita juga boleh berbuat kebaikan cumanya itu pilihan kita bukan? Jadi, pilihlah untuk berbuat baik...selalu dan sentiasa...selamanya...


Ya Allah! Berilah hamba kekuatan untuk sentiasa melakukan kebaikan
dan peliharalah hamba agar sentiasa berada dalam kebaikan dan kecintaan MU.
Ameen.