Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Isnin, 10 November 2008

:: Bulan yang agak sibuk dan disibukkan ::



Bulan ini, November 2008, memang agak sibuk sedikit. Sibuk ataupun disibukkan ... dua-dua pun boleh. Bukan sibuk apa sebenarnya, hujung bulan ini adik saya nak walimah... jadinya ndak tak ndak kena la tolong mak abah apa yang patut [bunyi macam tak ikhlas jer kan]... huisyy..mudah-mudahan ikhlas hendaknya. Adik saya... Nona akan dinikahkan dengan pasangannya Cikgu Morni dari Sarawak pada 30 November ni. Jadinya..diam tak diam tinggal 2 minggu aje lagi... so, kelam kabut jugak la saya ni kononnye. Janji ngan mak nak balik lagi sekali a week before majlis tapi habeeb kata tak jadik pulak sebab dia pulak wajib menyiapkan urusan berkenaan studynye. So, sian nye mak.. saya tak balik nak tolong buat hantaran. Tapi... dari sini saya sibuk jugak siapkan goodies bag untuk tetamu yang akan berkunjung... ke hulu hilir la juga mencari-cari barangan. Kesian kat Nona sebab dia nunn jauh di Lawas Sarawak tu. Tunggu cuti sekolah sok baru dia balik... Apa yang kak ngah boleh tolong kak ngah tolong ye nona...

Masa-masa cam ni...alih-alih teringat masa zaman saya muda-muda remaja dulu [huhuhu]...Alhamdulillah..semua urusan Allah mudahkan...dalam masa 5 bulan [kenal-kenal sebelum rombongan meminang dalam 3 minggu pastu rombongan meminang dan merisik terus sekali jalan]. Kedua-dua pehak tetapkan 3 bulan untuk nikah...Nak kata kelam kabut..kelibut la jugak... maklum..rasa cam tak sangka jodoh dah nak sampai... hehe .. so..saya takdelah pk nak ber'grand' atau macam orang lain. Apa yang saya mampu dan terdaya aje..tu pun memang banyak yang datang membantu..baik dari segi ongkosnya maupun tenaganya...Alhamdulillah..semuanya Allah mudahkan. Sekadarnya aje majlis saya pada 03-11-2001 tu... tiada pelaminan... tiada bilik yang dihias indah ...tiada meja santapan pengantin yang berdiri gah! Namun saya bersyukur sebab rezeki ayah dan mak juga kami ramai betul orang datang... 20 kampit beras habis kata ayah... rezeki akak dan abang katanya. Dengan izin Allah jua... diam tak diam dah tahun ke 7 kami rupenya... masih tak bertambah lagi..berdua..yang bertambahnya umur dan berat badan..hehehehe

Tak apalah..yang penting sihat insyaAllah dan semoga Allah meminjamkan dari sifat rahman dan raheemnya kepada kita hingga hujung nyawa...

"Rabbi Yassir walaa tu'assir rabbi atmin bilkhoir innaLLAHa 'alaa kulli syaiin qodeer"

Khamis, 30 Oktober 2008

:: Diet Cara Rasul Allah SAW ::

RENUNGAN BERSAMA


Rupanya tanpa kita sadari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING

Jangan makan DAGING bersama IKAN

Jangan makan IKAN bersama SUSU

Jangan makan AYAM bersama SUSU

Jangan makan IKAN bersama TELUR

Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

Jangan makan SUSU bersama CUKA

Jangan makan BUAH bersama SUSU contonya :- KOKTEL


CARA MAKAN

  • JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
  • TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
  • JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
  • Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cubalah.................................
  • Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
  • Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut
  • Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

  • Al-Quran juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain:
  • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
  • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
  • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
  • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

Marilah kita cuba amalkan bersama secara istiqomah. InsyaAllah... WaLLAHua'lam

Rabu, 17 September 2008

.:: 10 MALAM KE DUA HAMPIR TAMAT ::.



Malam ini... masuk 18 Ramadhan 1429H..dan hari ini ada peristiwa...penurunan Al Quran. Itu juga tandanya sudah hampir saja tamat 10 malam kedua Ramadhan!

Pantas sungguh masa berlalu... Masih terasa Ramadhan tahun lalu.. sayu syahdu... adakah akan aku temui Ramadhan lagi atau ini Ramadhanku yang terakhir kali?!..

Saudara-saudaraku...

Ayuhlah kita rebut peluang ini... Ramadhan ada TAWARAN hebat!!! Cukup hebat kerana di awalnya ROHMAH...di tengahnya MAGRFIROH dan di akhirnya Pembebasan dari api neraka! Itu janji Allah..pasti!!! Cuma... kita perlu bersungguh-sungguh untuk menerima tawaran itu... tawaran hebat ini setahun sekali cuma. Ambillah peluang dan luangkanlah masa untuk "menghidupkan" nya... Kalau sale di Mall kita pasti mencuri-curi masa untuk diluangkan ke sana.. takut-takut terlepas pula.. Nahhh!!! Masanya kita ubah... curi-curilah masa untuk mendapatkan pahala yang cukup mewah di bulan ini. 10 malam kedua tinggal 2 hari saja... Jadi.... apa nak dinantikan lagi???!!! Mudah-mudahan anugerah Allah di bulan ini tidak dipersia-siakan begitu sahaja!!!



Khamis, 11 September 2008

:: Mari Bertaranum ::



Sungguh...sungguh menyentuh hati dan menginsafkan diri saya! Anak sekecil dia, bersungguh-sungguh untuk membaca Al Quran... sekejap sekejap dia ambil Al Quran saya dan dibacanya..siap lagu lagi... lepas solat aje dia yang ingatkan..ummi..baca o-an mi.. SubhanaLLAH! Mudah-mudahan dia menjadi anak yang solehah Ya Allah! Ameen...

:: MENU BERBUKA [5] :: Puteri Mandi [air ujan] ::

:: SEMALAM ::

Hrmmm..banyak pulak ummi post entry pasal masakan.. Al maklumm..bulan ramadhan...[abis tu bulan lain tak masak ke ummi??? ]

Terasa zouq nye ramadhan... salah satunya hingga rasa suka sangat untuk memasak bagi orang yang berpuasa berbuka. Seronok kan bila orang makan apa yang kita masak..tak gitu?! So, untuk hari nih... ummi masak bubur...hrmmm...iye ke bubur?! "Puteri Mandi"... tapi ummi gtau kat habeeb, marah orang kelantan nengok puteri mandi stail ummi nih!!! Hehehehe...

Ini, sebelum jadi 'mandi' lagi... ummi duk kerja membuat tepung pulut menjadi bola kecil.


Haa...hok ni dah siap! Nampak cam pelik tak ngan ''puteri'' yang mandi nih??? Apa ek yang peliknye tu??? Cubalah teka sendiri!!!

Dah siap...dah masakk...makan aje la..alhamdulillah...rasanya ada kata habeeb!!! Cuma tang air ''ujan'' tu la... hehehehehe... adik pun suka.. nak bobo mi..nak bobo...

Sabtu, 6 September 2008

:: Nama saya dalam Bahasa Jepun ::

Duk saya jenguk-jenguk blog seorang teman..terjumpa entry pasal tukar nama dalam bahasa Jepun. Hehehehe... Inilah nama saya :: Ayano Hayuata ::. Ermmmm... best jugak nak menyebutnya kan?!!. Adalah juga dengar cam nama asal! Hehehehe... Cubalah di sini... tukar nama.



:: MENU BERBUKA [4] : KEBAB UMMI::

:: MENU HARI INI ::
Kebab Roti Pita Berinti Daging



Beberapa keping roti pita
(dibeli di Pasaraya)

Bahan Inti :
Sepeket daging cincang (Ramly)

1/2 cm halia

2-3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar - dipotong dadu

1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3-5 sudu besar sos cili

karot - dipotong dadu
lada benggala - dipotong dadu
kacang peas

sedikit garam

minyak untuk menumis




Cara membuatnya :

Roti pita dibakar terlebih dahulu. Ketuk halia dan bawang putih dan tumis hingga naik bau bersama-sama kulit kayu manis dan bunga lawang. Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan masukkan bawang yang dipotong dadu dan tumis lagi hingga agak garing. Masukkan pula daging (dicuci dan diramas-ramas terlebih dahulu bagi mengelakkan daging berketul). Kacau balikkan hingga air dari daging kering dan biarkan seketika. Sementara daging empuk, masukkan bahan-bahan sayuran dan garam dan biar lagi seketika sebelum akhir sekali masukkan sos. Boleh dihidang panas-panas dengan roti pita. Jika suka, boleh dibubuh mayonis dan sos.

*anggaran boleh dimakan 4-5 orang bagi sepeket kecil daging cincang