Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Sabtu, 6 September 2008

:: MENU BERBUKA [4] : KEBAB UMMI::

:: MENU HARI INI ::
Kebab Roti Pita Berinti Daging



Beberapa keping roti pita
(dibeli di Pasaraya)

Bahan Inti :
Sepeket daging cincang (Ramly)

1/2 cm halia

2-3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar - dipotong dadu

1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3-5 sudu besar sos cili

karot - dipotong dadu
lada benggala - dipotong dadu
kacang peas

sedikit garam

minyak untuk menumis




Cara membuatnya :

Roti pita dibakar terlebih dahulu. Ketuk halia dan bawang putih dan tumis hingga naik bau bersama-sama kulit kayu manis dan bunga lawang. Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan masukkan bawang yang dipotong dadu dan tumis lagi hingga agak garing. Masukkan pula daging (dicuci dan diramas-ramas terlebih dahulu bagi mengelakkan daging berketul). Kacau balikkan hingga air dari daging kering dan biarkan seketika. Sementara daging empuk, masukkan bahan-bahan sayuran dan garam dan biar lagi seketika sebelum akhir sekali masukkan sos. Boleh dihidang panas-panas dengan roti pita. Jika suka, boleh dibubuh mayonis dan sos.

*anggaran boleh dimakan 4-5 orang bagi sepeket kecil daging cincang

Tiada ulasan: