Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Isnin, 22 Januari 2007

.:: Istiqamah dalam beramal ::.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
‘’ Amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang berterusan sekalipun sedikit’’ (disepakati oleh Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)


.:: Pengajaran Hadis ::.

· Rasullullah SAW sangat inginkan kebaikan ke atas umat baginda. Untuk itu baginda sentiasa menunjukkan kepada kita pelbagai bentuk dan jenis amalan kebaikan (amalan sholeh) serta cara-cara untuk melakukannya dengan betul dan tepat. Tanpa perkhabaran dan pemberitahuan daripada Rasullullah SAW, kita semua tidak akan tahu apakah amalan yang Allah suka dan sebaliknya.

· Amalan manusia terbahagi kepada 2 iaitu amalan yang Allah suka dan amalan (perkara-perkara) yang Allah benci (larang)

· Orang yang beriman akan sentiasa melakukan amalan yang dicintai oleh Allah SWT dan sentiasa berusaha menjauhi perkara-perkara yang dibenci olehNYA.

· Seseorang itu akan mencapai darjat dikasihi dan dicintai Allah selama mana dia melakukan amalan-amalan yang disukai oleh Allah. Menjaga dan memelihara hati daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.

· Amalan yang berterusan (istiqamah) walaupun dalam jumlah yang sedikit (kecil) adalah di antara amalan yang dicintai Allah. Berbanding dengan sesuatu amalan yang nampak besar (kapasiti) tetapi tidak secara istiqamah.


Justeru itu sahabat, dari saat ini marilah kita mulakan sesuatu amalan yang menjadi kecintaan Allah (bagi menambah amalan-amalan yang telah kita buat sebelum-sebelum ini) dengan cara terus-terusan walaupun amalan itu nampak kecil bagi kita. Sebagai contoh : kutip sampah di laluan yang sering kita lalui (jika dah nampak). Kadang kita rasa ‘oo..tak apa..ada makcik cleaner akan sapukan nanti, karang dia takde kerja pulak’’. Selalu mengikuti majlis-majlis ilmu (bukan hanya kerana ada sesuatu yang menarik di sana atau sebab lain), bagi lelaki afdhal kalau berjemaah di masjid (bukan hanya pada hari Jumaat atau sebab nak solat tarawikh sahaja) dan sebagainya.

Ini hanya dalam perkara-perkara dalam lingkungan hidup seharian kita secara luaran, bagaimana pula dengan amalan-amalan sunat kita (selain dari yang fardhu) secara peribadi, antara kita dengan Allah?

Berkata memang mudah... namun kitalah yang patut memilih untuk berusaha mengekalkan amalan kebaikan secara berterusan dan jika ada kekuatan, boleh ditambah lagi sedikit demi sedikit kerana Allah pasti suka.

Tiada ulasan: