Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Jumaat, 26 Januari 2007

:: Kedudukan Aqidah Dalam Islam ; Bahagian 1 ::

Islam satu-satunya agama yang diterima oleh Allah SWT untuk dijadikan anuan kepada umat manusia sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

" Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah SWT ialah Islam"
Ali Imraan : 19


Sementara agama lain selainnya tidak akan diterima oleh Allah SWT sebagai anutan. Firman NYA yang bermaksud :

" dan sesiapa yang mencari agama selain dari Islam maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari kalangan orang-orang yang rugi"
Ali Imraan : 85


ISLAM ialah agama yang terdiri dari tiga elemen yang paling utama iaitu : AQIDAH, SYARIAT atau perundangan dan AKHLAQ. Seorang muslim akan sempurna keislamannya apabila aqidahnya mantap dan segala syariat Allah SWT dipatuhi dengan sepenuhnya. Dia juga memiliki akhlaq yang mulia dalam hubungannya dengan makhluq seluruhnya. Namun, yang menjadi TERAS kepada semua elemen tersebut adalah AQIDAH. Oleh itu, seseorang yang memiliki AQIDAH yang mantap dalam hatinya, akan dikira muslim sekalipun dia mungkin melakukan perkara-perkara maksiat. Namun, tindakannya itu membolehkan dirinya mendapat kedosaan dan dihukum di akhirat kelak. Sebaliknya, sorang yang tidak mempunyai AQIDAH yang sempurna, maka dia tidak akan dianggap muslim sekalipun dia melakukan ibadah sepanjang hidupnya. Hakikat ini digambarkan oleh Allah SWT dalam firman NYA yang bermaksud :

" (Katakanlah Wahai Muhammad) :
Mahukah kami khabarkan kepada kamu
orang yang paling rugi amalannya?
(Iaitu) orang-orang yang telah mensia-siakan amalan
atau usahanya dalam kehidupan dunia,
sedangkan mereka menyangka bahawa diri mereka itu
sentiasa betul dan baik terhadap apa sahaja yang mereka lakukan.
Merekalah orang-orang yang kufur terhadap
ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengan NYA.
Oleh itu, gugurlah segala amalan mereka.
Maka, akibatnya Kami tidak akan memberi
sebarang timbangan untuk menilai amal mereka
pada hari Kiamat kelak"

Al Kahf : 103-105



Tiada ulasan: