Semenjak dari awal pencipaan manusia iaitu dari diciptakan manusia pertama ; Nabi Adam a.s hingga kepada Nabi dan Rasul terakhir iaitu Nabi Junjungan Besar Muhammad SAW hanya satu sahaja AQIDAH yang benar di sisi Allah SWT iaitu AQIDAH ISLAM. Kandungan AQIDAH Islam yang diseru dan diajarkan oleh para Nabi dan Rasul keseluruhannya adalah terkandung dalam prinsip-prinsip rukun Iman. Allah SWT menjelaskan hakikat ini dalam firman NYA yang bermaksud :
" dan Kami tidak mengutuskan sebelummu (Muhammad)
seorang rasul pun melainkan Kami wahyukan kepada nya :
Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan
(yang berhak disembah) melainkan Aku.
Oleh itu, beribadahlah kamu kepada KU"
Al Anbiya' : 25
seorang rasul pun melainkan Kami wahyukan kepada nya :
Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan
(yang berhak disembah) melainkan Aku.
Oleh itu, beribadahlah kamu kepada KU"
Al Anbiya' : 25
Jika kita meneliti ayat-ayat Al Quran maka akan didapati banyak ayat yang menjelaskan bahawa ISLAM adalah sebuah agama yang masih digunapakai secara berterusan terhadap AQIDAH Islam sehinggalah ke hari ini. Firman Allah yang maksudnya :
"Allah telah menerangkan kepada kamu
di antara perkara agama yang DIA tetapkan hukumnya
iaitu apa yang telah diperintahkan kepada Nabi Nuh a.s
dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad)
dan juga yang telah kami perintahkan kepada
Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Musa serta Nabi Isa iaitu :
Tegakkanlah agama dan janganlah kamu
berpecah atau kamu berselisihan pada dasarnya"
Asy Syuuraa : 13

Agama yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah agama Islam. Para ahli sihir firaun berdoa kepada Allah SWT supaya mereka dimatikan dalam keadaan Islam sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
"mereka menjawab :
''Sesungguhnya kami (tidak gentar) kerana kepada Tuhan
kamilah tempat kami kembali (dan hanya kepada NYA
kami mengharapkan keampunan dan rahmat).
Dan tidaklah engkau (Hai Firaun) marah dan bertindak
menyeksa kami melainkan kerana kami beriman
kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami''.
(Mereka berdoa) : "Wahai Tuhan kami!
Limpahkanlah kesabaran kepada kami
dan matikanlah kami dalam keadaan Islam"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan