Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Selasa, 30 Januari 2007

:: Kedudukan Aqidah Dalam Islam ; Bahagian Akhir ::


ISLAM AGAMA SYUMUL


Dapatlah dikatakan bahawa aqidah Islam muncul dan wujud seiring dengan kewujudan manusia di atas muka bumi ini. Nabi Adam a.s yang merupakan asal keturunan manusia juga dari kalangan utusan Allah SWT kepada umat manusia. Hal ini menafikan dakwaan sesetengah ahli sejarah yang berpendapat bahawa fenomena beragama itu berkembang mengikut perkembangan pemikiran manusia. Maksunya, semakin maji pemikiran umat manusia itu, maka semakin tinggilah nilai aqidah yang dipercayainya.

Hal ini juga sebenarnya turut menolak dakwaan ahli sosiologi yang mendakwa bahawa kehidupan sosial sesuatu kelompok umat manusia itu mempengaruhi perkembangan aqidah yang dianuti.

Kesempurnaan aqidah Islam sejak dari awal lagi adalah suatu yang jelas dan tidak boleh diragukan lagi kerana Nabi Adam a.s merupakan seorang manusia sempurna setelah dia diciptakan dan diturunkan ke bumi ini. Nabi Adam a.s memilki kemampuan berfikir, bercakap dan menjalani kehidupan dalam sebuah masyarakat yang terdiri daripada keturunannya. Manusia bukanlah berasal daripada makhluk yang tidak berakal yang kemudiannya melalui proses evolusi sehinggalah bertukar menjadi manusia yang boleh berfikir. Begitu juga manusia bukanlah makhluk yang hidup seperti binatang buas di rimba tanpa masyarakat atau bahasa, kemudiannya bertukar menjadi manusia yang hidup bermasyarakat dan mempunyai bahasa. Sedangkan spesis haiwan yang lain tetap sebagaimana ia dicipta tanpa melalui proses evolusi. Dakwaan yang menyatakan manusia itu telah melalui proses evolusi sehingga wujudnya spesis manusia yang bertamadun adalah dakwaan yang tidak dapat dibuktikan dengan hujjah yang kukuh. Ia hanyalah sebuah tafsiran yang bersifah khayalan.



KESIMPULAN

Aqidah yang benar itu hanya satu iaitu Aqidah yang terkandung dalam agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui perantaraan para nabi dan rasul di sepanjang zaman. Perbezaan yang wujud di antara para rasul hanyalah berkaitan dari sudut syariat (perundangan) sahaja. Oleh itu, apa yang disebutkan oleh orang awam bahawa wujudnya agama-agama yang diklasifikasikan sebagai agama langit (al-adyan as samawiyyah) sebenarnya adalah suatu kenyataan yang salah. Ini kerana, agama al-haq hanyalah agama yang mengandungi aqidah yang benar iatu ISLAM.

Tiada ulasan: