CERDIK & CANTIK .:: Kecerdikan adalah pada hati dan Kecantikan dinilai pada akhlaq ::.
... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...
... kullu'aam wa antum bikhair! ...
Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum! Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!
" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"
'' setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dipersoalkan tentang tanggungjawabnya terhadap orang di bawah pimpinannya. Seorang imam (ketua) adalah pemimpin dan akan dipersoalkan tentang tanggungjawab di bawah pimpinannya. Seorang lelaki (suami) adalah pemimpin dalam rumahtangganya dan akan dipersoalkan apa yang di bawah pimpinannya. Wanita (isteri) adalah pemimpin (pengurus) dalam rumahtangga suaminya dan akan dipersoalkan tentang tanggungjawab dan urusannya. Seorang khadam (pelayan) adalah pemimpin (penjaga) harta tuannya dan akan dipersoalkan tentang tanggungjawab yang di bawah jagaannya. Dan umumnya setiap orang di antara kamu adalah pemimpin dan akan dipersoal tentang tanggungjawab yang di bawah pimpinannya ''
Hadis Riwayat Bukhori dan Muslim '' sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal sholeh, Allah yang melimpah-limpah rahmat NYA akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang ''maryam : 96
'' Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu daripada semua kebaikan yang Engkau ketahui daripadanya dan yang tidak aku ketahui, dan aku berlindung kepadaMu daripada semua kejahatan yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui ''
Tiada ulasan:
Catat Ulasan