Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Isnin, 1 September 2008

:: RAMADHON MUBAROK ::

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHON AL KAREEM kepada semua di sana!!!
Semoga Ramadhon kali ini kita menghayatinya dengan lebih baik dari sebelum ini dan moga-moga lebih 'bernilai' di sisi Allah SWT.


Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. , ia adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh orang soleh. Bulan yang disebut oleh Rasulullah sebagai "bulan umatku", satu-satunya umat yang dikurniakan dengan bulan mulia dalam sejarah kewujudan manusia.


Kaum nabi terdahulu tidak pernah dikurnia Allah dengan mana-mana bulan mulia. Bukan saja Ramadhan itu, mengandungi seribu rahmat, malah menunggu-nunggu datangnya pun adalah rahmat Ilahi. Ini seperti sabda Rasulullah SAW, maksudnya:

"Sesiapa yang bergembira dengan datangnya Ramadan,
Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka"
HR Ibn Majah

Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan. "Sabda baginda dalam hadis yang lain, "Jika umat manusia itu mengetahuk akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan."

  • Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.
  • Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.
  • Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebaan dari siksa api neraka.
  • Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.
  • Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.
  • Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.
  • Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.

  • Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.


Sebagaimana pintu-pintu syurga dibuka pada Ramadhan, (pintu-pintu rahmat) - pintu keberkatan, kebaikan, pintu kasih-sayang, kemaafan, hidayah dan petunjuk juga terbuka oleh Allah SWT. Manakala, pintu neraka tertutup rapat, sebagaimana jalan ke neraka juga tersekat, manakala jalan-jalan menuju ke syurga terbentang luas, Rasulullah SAW menjelaskan dalam sabdanya:

"Tidur orang yang berpuasa pada bulan puasa adalah ibadat,
diamnya adalah tasbih,
manakala ibadatnya dilipat gandakan pahalanya oleh Allah"

Ini membawa maksud, segala amal dan tindakan kita orang-orang yang berpuasa ini jika dilakukan kerana mencari keredhaan Allah SWT maka semuanya menjadi ibadah dan ibadah yang baik disukai Allah malah dikurniakan pula pahala yang besar dan berlipat ganda.


Ramadhan adalah bulan kerehatan dan kelapangan daripada segala hiruk pikuk dan kesibukan dunia. Bulan kita berhenti sebentar daripada keserabutan kejar-mengejar di pentas dunia, untuk melihat ke dalam diri sendiri terhadap cebis iman yang masih tinggal serta dosa pahala yang pernah diperbuat selama setahun. Justeru, kita dianjurkan agar meningkatkan satu lagi tahap keimanan.


Keempat-empat komponen kewujudan manusia hendaklah diperkukuhkan dengan neraca iman. Tubuh badan bertambah taat, roh makin bercahaya, akal penuh bijaksana dan nafsu bak air tasik tenang tidak berkocak.


Rasulullah SAW bersabda :

"Sesiapa saja yang berpuasa pada Ramadan
dengan penuh iman dan menghisab diri sendiri
akan diampunkan dosanya yang lalu"
HR Muslim


Bagi mereka yang mencari kebaikan Ramadhan, pelbagai peluang diberikan. Malah, bagi mereka yang belum mampu mengerjakan haji, sama ada kerana masalah kewangan, kekurangan ilmu atau belum dapat kuota mengerjakannya, dia boleh saja sekurang-kurang mengerjakan umrah pada Ramadhan.


Seperti kisah yang diceritakan Ibnu Abbas bahawa Rasulullah pernah bertanya kepada seorang wanita dari kaum Ansar, baginda bersabda:

"Apakah yang menghalang kamu daripada mengerjakan ibadat haji bersamaku". Wanita itu menjawab : "Sebenarnya tidak ada halangan bagi kami, cuma kami hanya mempunyai dua unta. Suami dan anakku sudah pergi mengerjakan haji dengan seekor unta. Tinggallah kepada kami seekor unta untuk mengangkat air"


Rasulullah SAW bersabda :

Apabila tiba Ramadhan pergilah mengerjakan umrah
kerana mengerjakan umrah pada bulan itu
pahalanya sama dengan pahala mengerjakan haji"
HR Muslim


Begitu juga pada malam Ramadhan, peluang terbuka luas untuk menghidupkan malamnya dengan mendirikan solat Tarawih, Abu Hurairah ada menjelaskan bahawa Rasulullah bersabda :


"Sesiapa yang mendirikan sembahyang malam pada Ramadhan
kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaan Allah semata-mata,
maka diampunkan segala dosanya yang lalu"

HR Muslim


Ramadhan ; bulan kerehatan kepada nafsu dan syahawat, namun, ia bukanlah bulan untuk bermalas-malasan, menjadikan orang Islam tidak produktif atau menjadikan alasan berpuasa untuk tidak membereskan sebarang pekerjaan. Sepatutnya dalam bulan Ramadhan, umat Islam bertambah cergas, kuat kerja, aktif dan lebih kuat semangat. Ini kerana setiap tanggungjawab yang dibereskan pasti mendapat ganjaran berlipat ganda jika dilakukan dengan penuh kerendahan hati dan ikhlas kepada Allah. Bukankah setiap satu pekerjaan itu adalah ibadah? Untungnya orang-orang mukmin... apa yang dilakukannya adalah pahala semata.


Ramadhan juga adalah bulan kemurahan, murah hati dengan mengeluarkan zakat dan dengan memperbanyakkan sedekah jariah. Ia bukanlah bulan pembaziran dan menambah daya nafsu serakah. Bulan ini kita berkongsi kebaikan, pahala dan keberkatannya kepada diri dan kepada umat sejagat. Takbeer!!!




Tiada ulasan: