Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Isnin, 4 Ogos 2008

Pagi tadi saya ke Hospital Putrajaya sebab ada appoiment untuk ambil sample darah. Keputusannya akan diketahui pada 14 Ogos ni insyaAllah. Ini semua prosedur biasa untuk mengikuti tahap perkembangan kesihatan saya selepas pembedahan.

Sebenarnya, setiap kali kalau doktor cakap, "saya nak ambil darah awak ye?" atau "minggu depan ambil darah"... saya dah terasa-rasa sakitnya dicucuk jarum. Bukan sebab saya takutkan jarum atau takutkan darah tapi kerana saluran darah saya kecil ditambah pula saya ni agak berisi orangnya. Memang selalunya lebih dari sekali saya akan dicucuk untuk dapatkan darah. Allahuakbar! Nyilu!!!

Dan...seperti biasa yang saya boleh jangkakan, hari ini kali yang ke 5 jarum dicucuk barulah mau darah tu mengalir masuk dalam balang kecil tu. Tu pun lepas puas nurse tu duk pusing-pusing jarum dalam kulit tu nak cari salur darah. Alhamdulillah!

"Rabbi Yassir wa laa tu'assir Rabbi atmin bilkhoir innaka 'alaa kulli syai in qodeer".
Itulah yang selalu saya sebutkan bila nurse atau doktor mula menelek-nelek salur darah di tangan saya.

Ikut pengamatan saya, sebenarnya untuk orang yang bersalur darah kecil ni ada jarum yang lebih kecil dan halus yang patut digunakan. Ianya berwarna merah jambu. Tetapi, selalunya mereka guna jarum berwarna biru. Allah aiii... boleh nampak lubang jarum tu dengan jelas! Tak ke besar tu! Sekali...dua kali... ok lagi..masih berani..boleh tengok masa dicucuk. Dah masuk kali ketiga...keempat..saya dah mula rasa ngeri dan takut-takut...

Bayangkanlah saya yang tua nih pun boleh rasa gitu apatah lagi budak-budak kecil. Terdengar-dengar juga suara tangisan mereka sebabnya klinik untuk kanak-kanak tu sebelah aje dengan klinik yang saya masuk untuk ambil darah nih! Kesiannya...meraung..menangis ajelah yang mereka faham. Allahuakbar!

Mudah-mudahan Allah beri kemudahan dan keringan pada mereka dan terus memberi kekuatan serta kesabaran kepada para nurse dan doktor kita. Ameen.

Tiada ulasan: