Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Isnin, 4 Ogos 2008

:: Cucur @ cekodok @ jemput-jemput ::

Tiba-tiba aje rasa teringin nak makan jemput-jemput. Cek dalam kabinet... tepung ada..ermmm oklah... boleh buat nih. Yang menjadi kesukaan isi rumah ni ialah jemput-jemput ikan bilis campur bawang. So, saya pun mulakan 'projek' mengupas bawang besar sebiji dua..ikan bilis semau rasa..lada merah sebatang dan daun sup sikit dihiris-hiris.

Stail saya buat jemput-jemput ni, semua bahan-bahan tadi kecuali daun sup saya kisar kasar. Masa kisar tu campur sesudu (agak-agak aje) minyak masak bersih, masukkan sekali garam. Dahhh...lepas tu masukkan dalam bekas yang dah berisi tepung...kacau..gaul...kacau..gaul sampai rata dan masukkan juga daun sup. Agak-agak tak pekat tak cair sangat bancuhannya. Owhhh.. minyak di kuali dah pun panas...

Bismillahirrohmanirroheem ... serrr..ser...ser... saya lebih suka menjemput dengan tangan berbanding sudu sebab lebih cepat dan lebih berbentuk... Hehehehe.. Buat jemput-jemput saya suka nengok hasilnya comel dan bulat-bulat ...kalau guna sudu saya jadi lambat dan hasilnya pun...???.. hehehhehe

Cubalah! Sedap dimakan semasa panas dan cicah sos.. dah sejuk pun jemput-jemput saya tidak liat dan tidak keras! Hasil eksprimen sendiri dan tunjuk ajar mak juga. Terima kasih mak!

1 ulasan:

Jasmin berkata...

Yun...
nak tambang sket... cadangan jek kalu nak jejemput tuh lembut n kenyal... ada petua jugok...
kalu ada nasi sejuk yg semalam tuh.. jgn buang simpan jek dlm peti.. bebila nak jejemput amik n blend... hasil dia jejemput jadi lebih kenyal n lembut w/pun dah sejuk... kalu jejemput yg pagi td mkn dah ptg pun masih ok lagi... sedapppp...