Hidup kita ni
singkat aje umurnya
ada orang
sampai ke tua... usia emas gelaran mereka
ada pula
masih muda remaja
budak-budak pun ada
umur pertengahan macam kita?... adaaa
pendek kata..bila-bila masa
ikut atas DIA
sebab DIA yang mencipta
DIA juga yang tetapkan umur kita
Ada orang kata... panjang umur dia
sampai dah sembilan puluh tahun usia... wahhh!!! lama
macam-macam pengalaman hidup dah ada
dah terasa-rasa pula...bila pulak masanya nak tiba
si polan sini si polan sana... kawan-kawan lama
dah tak ada
memang iye...panjang usianya
Allah beri kelebihan usia pada dia
Alhamdulillah
moga panjang usia dalam kebaikan dan kebajikan dunia dan akhirat sana
tapi
pelik pula
ada yang meminta-minta
diambil nyawanya
tak nak dah hidup lama
masalah bertimpa-timpa
hati kecewa jiwa merana
jalan lain dah tak ada
tak nampak dek 'mata'
sudahnya....
macam-macam keluar paper
dua anak diberi susu bercampur racun
ada yang ditekup bantal di muka
sudahnya
diri sendiri digantung tinggi-tinggi dengan tali
ini kerja orang tak ada iman di dada
tak pernah bersyukur dengan nikmat kurnia
kalau orang kafirun lantak la mereka
memang duk neraka selama-lama
Ada orang baru sambut birthday nya
ada yang masih menunggu hari lahirnya
walaupun dah lama lahir di dunia (sebenarnya)
hehehehe
termasuklah saya
syukur kepada Allah yang maha ESA
Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Iye... alhamdulillah....kita bersyukur
masih dipanjangkan lagi umur
masih dapat pergi pejabat
buat kerja... jumpa sahabat
berjumpa lagi dengan keluarga
suami... anak ...isteri ...keluarga tercinta
kata kita... boleh lah kumpul-kumpul harta
mana tau kot-kot naik pangkat jadi ketua
banyak duit bukak bisneslah pula
mengumpul aset sini sana
lagilah pulak minyak dah naik harga
barang keperluan? lagi lah gila
sepuluh ringgit sekarang... dapat apa lah sangatnye
kerja....kerja...kerja...
nak tambah apa-apa yang tak ada
TAPI
jangan lupa
hakikatnya
makin singkat hidup kita
makin pendek umur kita
makin hampir ajal tiba
cuma tak tahu aje bila masa
bila ketika
sebab...
itu rahsia DIA
bila dah sampai masa masa
lambat sesaat pun tidak
cepat sesaat pun tidak
Jadi,
dah bersiap ke kita?
dah cukup bersedia nak ke 'sana'?
kalau duk sibuk dengan dunia aje
memang jadi sibuk sangatlah kita
rasa macam tak cukup-cukup masa
Justeru
apa nak buat ye?
tak kan asek duk muhasabah diri aje
tapi tak buat mende
Nah! bertindak segera
penuhkan bekalan nak ke sana
kalau nak periksa study giler-giler
tak kan nak jumpa Tuhan... biasa-biasa aje???
rasanya dah rugi sangat
umur dulu yang ada tak nak beringat
Hah! Apa lagi?!
amaran dah berbunyi
petunjuk jalan dah diberi
cepat! ayuh! semua! mari!
lari! lari!
dah tak boleh dah lenggang lenggok lagi
takut-takut tak sempat nanti!
... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...
... kullu'aam wa antum bikhair! ...
Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!
" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!
" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"
..........................................................................................
Rabu, 6 Ogos 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)





Tiada ulasan:
Catat Ulasan