Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Sabtu, 2 Ogos 2008

:: Allahuakbar ::

Kelmarin, waktu senggang petang saya menanti masuk waktu asar, saya membaca akhbar disudut ruangan tv sambil membiarkan tv terbuka dengan rancangan Jejak Rasul. Safiah (yang saya panggil adik) sedang bermain-main buaiannya dekat dengan saya waktu itu. Sesekali mata menjeling melihat adik...apa dibuatnya sebab dia dah pandai 'berangan' dah sekarang ni. Sambil telinga mendegar juga suara dari peti tv.

Entah tiba-tiba sedang khusyuk membaca, adik terus menerpa ke arah saya sambil menepuk-nepuk tangannya di badan saya dan berkata " Mi.. lat mi..lat.." dan terus berlari ke ruangan yang biasanya kami solat berjemaah di situ. Mula-mula tu tertanya-tanya apa la yang dicakapnya rupanya dia kata "umi, solat mi..solat". Terpapar di tv slide "Solat Asar"... Dalam pada tu, adik terus berdiri menghadap kiblat dan.... "wo bar" (Allahuakbar)!

Dan saya..... "tunggu umi kejap. Umi nak amek wudhuk ye".

ALLAHUKABAR!!!


Tiada ulasan: