Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Selasa, 29 Julai 2008

.:: Rejab kian pergi ::.

MALAM ini Rasulullah SAW yang dikasihi naik ke langit bertemu Allah SWT...
Baginda melalui perjalanan yang sangat jauh dan panjang tetapi tempohnya hanya sekadar satu malam !

Melalui Israk (perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa) dan Mikraj (naik ke Hadratulqudus menemui Allah)... Baginda bukan saja melihat gambaran 'dunia semalam dan sekarang' dari 'atas' tetapi 'dunia akan datang' selepas akhir zaman...

Perjalanan "ISRAK MIKRAJ" - menemui pencipta adalah sesuatu yang 'besar'.. Sebagai peringatan buat diri dan semua. Dikongsikan perbualan terakhir di antara Baginda Rasulullah SAW dan Allah SWT :

Allah SWT : Ya Muhammad!

Rasulullah : Labbaika!

Allah SWT : "Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan..."

Rasulullah : "Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi.

"Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin.

"Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan..."

Allah SWT
: "Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat.

"Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy.... "


"Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima waktu sembahyang...."

Justeru, setiap malam 27 Rejab pada setiap tahun...kita renungilah dunia hari ini dan diri kita yang kian hari semakin hampir kepada mati... wajah nan tua berkedut, ingatan kian menipis

Tiada ulasan: