
Kami sampai di Zoo dalam pukul 12:00 tengahari. Syukurlah...dapat parking dekat dengan pintu masuk dan teduh di bawah pokok nan rendang. Sebelum masuk tu mestilah kena beli tiket dulu... RM 15 untuk dewasa dan RM 12 untuk kanak-kanak berumur dari 3 tahun dan seterusnya. Pastu, sorang satu dah dapat tiket, kat gate nak masuk tu, petugas zoo pakaikan tiket tu kat lengan kami macam tanda pesakit di hospital pulak tapi yang ni besar labelnya. Memula masuk tu, kami terus beratur tunggu trem..ramai jugak yang tunggu...malas nak jalan kott... Masa naik trem tu, Safiah peluk kuat ayah dia..rupanya dia takut dengan bunyi trem tu so lepas beberapa hentian kami pun turun dan kemudian exercise kaki dari satu tempat ke tempat yang lain... Dek kerana rasa taksub akan kebesaran ALLAH terhadap haiwan-haiwan yang ada di situ, tak terasa pulak penat cuma bila dah lama tu terasa dahaga. Punyalah mahal barang-barang makan dan minum di sini.. air mineral 500ml RM 2.50 sebotol. Bayangkan???
Seronoknye dapat jalan-jalan... Sebenarnya lebih kepada untuk menghiburkan hati "buah hati kami" Nur Adriana Safiah yang dah dekat sebulan demam sebab nak tumbuh gusi dan baru belajar duduk di Nursery. Tengok tu...dia berani beri tangan untuk burung-burung tu patuk makanan...Ibu dia pun tak berani! Huhuhuh...

Memasing dengan gaya dan aksi tersendiri termasuklah haiwan-haiwan yang ada dalam gambar tuuu... Amboiiiii!!! Safiah bukan main segak lagi berjalan di sebelah ibu!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan