Hari ini, Jumaat : 20 Jun 2008. Lepas aje pergi bersarapan pagi di kedai Asam Pedas, kami pun memulakan perjalanan... aku berjalan kaki menyeberangi jalan besar ke arah Kompleks PKNS manakala habeeb menaiki motor... malas nak balik rumah ambil helmet yang sebenarnya. Hajat di hati nak berjumpa Dr Hassan di Klinik Homopati tetapi baru aku ingat hari Jumaat tutup. Jadi, aku ambil keputusan untuk berjalan-jalan sekitar Taman Tasek Campaka... Huhuhu... Orang berjalan sebelum makan tapi aku terbalik pula... Habeeb hanya duduk di motor menunggu sambil membaca surat khabar hari ini... Agak berpeluh dah berjurai, aku ambil keputusan nak balik lah.. hari pun dah mula panas.
Tapi, dalam pada nak balik tu sempat juga menyinggah di Dina Edar (Wellness & Beauty Care Centre). Saja la kononnya... nak tanya a few things berkenaan perkhidmatan yang di tawarkan dan kami dilayan Puan Ros, konsultan di situ. Sedang asyik bercerita, datang pula seorang pemuda India, nak tau mengenai Vitamin B 17, tak lama masuk pula seorang lelaki agak berumur, Dr Kasim dia perkenalkan diri. Beliau mencari 'sesuatu' sebagai tambahan memberi kecergasan dan tenaga untuk anaknya yang kini sedang terlantar di HKL menjalani kimioteraphy kerana kanser paru-paru! SubhanaLLah!!! Umurnya baru 22 tahun, masih muda, aktif bersukan tetapi Dr Kasim sendiri tak sangka anaknya yang secergas itu yang menghidapi penyakit yang sangat digeruni.
..................................Aku terpana seketika...............................
Pemuda India sedari tadi hanya diam mendengar masing-masing punya cerita. Dia juga berhajat mendapatkan info dan perkhidmatan di situ kerana katanya ibunya telah meninggal dunia juga akibat kanser! Dia agak terkejut kerana macam tak percaya Vit B 17 ada di Malaysia??? Mencari sesuatu sebagai pencegahan ... Kita kan perlu berusaha?
.:: Aku ::.
" rezeki kita kan bang jumpa dengan Dr Kasim dan lelaki india tadi?"
.:: Habeeb ::.
" iyelah... ingat nak duk sekejap aje"
.:: Aku ::.
"Allah gerakkan hati kita untuk ke sini dan jumpa dorang. Mendengar cerita dorang dan yang PASTINYA ia adalah satu BENTUK PERINGATAN untuk kita, kan bang?"
.:: Habeeb ::.
" Iye...Kita yang sihat ni, perlu jaga kesihatan betul-betul. Amalkan gaya hidup yang sihat kerana kekayaan yang sebenar adalah kesihatan kita. Peringatan juga untuk diri kita supaya bersyukur selalu dan ingat! semuanya milik Allah"
Aku, Habeeb, Dr Kasim dan Pemuda India... masing-masing pulang dengan cerita yang tersendiri. Yang pasti, apa yang sama adalah... masing-masing mendapat satu 'pengajaran' ... sentiasalah menghargai dan mensyukuri nikmat sihat kerana sihat tak boleh di cari... tak dapat dibeli dengan wang ringgit! Itu yang aku pasti! Apa cara, apa kaedah, apa usaha ... terpulang kepada diri untuk menterjemahkannya! Dan mungkin juga sebab itu, pemuda India dan Dr Kasim membeli produk Herbalife di situ....
...Mudah-mudahan...sihat sepanjang hayat....
Lokaliti : Bandar Baru Bangi, Dina Edar Wellness n Beauty Centre, Seksyen 9

Tiada ulasan:
Catat Ulasan