Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Isnin, 23 Jun 2008

.:: HADHARAH ISLAMIYYAH ::.


Hari ini : 22 Jun 2008 [Ahad]

Agak lewat juga kami tiba di Stadium MPKj kurang lebih 10:30 malam. Kelihatan di kiri dan kanan jalan sudah dipenuhi kenderaan persendirian orang ramai yang mungkin mahu sama-sama mendengar ucapan di majlis ini. Kami pun terpaksa berjalan agak jauh untuk masuk... Kawasan dalam stadium agak gelap kerana tiada lampu penerang di kiri kanannya.. Mujurlah di satu sudut yang menempatkan gerai-gerai terang benderang. Sedikit sebanyak cahayanya menyinari kawasan stadium.

Kami bertuah kerana usai sahaja kami mengambil tempat duduk, sampai sudah giliran penceramah yang ditunggu-tunggu sedari tadi... kedengaran Pengacara Majlis membuat pengumuman dan disambut dengan teriakan... Takbeer!!! "Allahu Akbar!"

Benar kata Tuan Guru........... pembinaan "Tamadun yang berjaya" bermula dari Pembangunan Diri Manusia itu sendiri. Manusia itu perlu dibangunkan dengan IMAN, ILMU dan AKHLAQ. Tak guna kalau ada ilmu tapi tiada akhlaq, maka jadilah seorang itu penipu, pencuri. Kalau ada akhlaq tapi tiada ilmu pun payah juga... tak boleh nak buat apa sebab ilmu untuk mengurus tiada.. ilmu nak mentadbir tiada .. dan semestinyalah iman perlu kuat dan kukuh agar ilmu yang didapati itu tidak disalah guna.. tidak disalah tafsir.

Yang berilmu bukan sahaja pada pemimpinnya tetapi yang dipimpin juga mesti berilmu, jika tidak pasti diperbodohkan. Kebangkitan rakyat hari ini adalah kerana mereka ada ilmu.. membaca bukan sahaja akhbar arus perdana.. nah buktinya kebangkitan berlaku di bandar-bandar dan disekitar pinggir bandar tetapi di kawasan jauh nunnn... kesian mereka diperbodohkan peminpin yang mereka percaya!

Apapun kata Tuan Guru, kesedaran kita terhadap pentingnya ilmu itu adalah wajar dan sangat dituntut. Dalam Islam sendiri pun menuntut ilmu itu difardhukan kepada setiap umatnya. Tetapi ingat... ilmu milik Allah..kurniaan Allah kepada kita yang sangat sedikit dari ilmu-ilmu NYA itu tidak boleh disalah guna. Jadikanlah ilmu yang diterima sebagai wadah untuk berdakwah... mentarbiyyah ummah.. agar hadharah islamiyyah ini dijadikan cermin contoh kepada dunia kini. Agar terciptalah lagi sebuah tamadun dunia yang gemilang mencakupi semua aspek agama Islam nan suci! Bukan Islam yang ditamadunkan!!! Takbeer!!!

Tiada ulasan: