Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Isnin, 28 April 2008

..:: menjadi lelaki acuan Al Quran ::.

lelaki acuan AL QURAN ialah seorang lelaki yang beriman
yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
yang sentiasa haus dengan ilmu
yang sentiasa dahaga dengan pahala
yang tidak pernah takut berkata benar
yang tidak gentar melawan nafsu

Lelaki acuan AL QURAN ialah lelaki yang menjaga tutur katanya
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimiliki
yang tidak gah dan ghairah dengan harta dunia yang di cari
yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang penyayang
yang mempunyai ramai kawan
dan tidak mempunyai musuh yang berperangai binatang

Lelaki acuan AL QURAN ialah lelaki yang menghormati ibunya
yang sentiasa berbakti kepada orang tuanya dan keluarganya
yang bakal menjaga keharmonian rumah tangganya
yang akan mendidik anak mendalami Islam sebagai deen nya
yang mengamalkan hidup dengan qanaah
kerana dunia baginya rumah sementara menunggu akhirat

Lelaki acuan AL QURAN sentiasa bersedia untuk agamanya
yang hidup di bawah naungan al Quran
dan mencontohi sifat RasuluLLah SAW dan Khalifah ar Rasyidin
yang boleh diajak berbincang dan berbicara
yang sujudnya dengan penuh syukur akan rahmat dan nikmat Allah SWT

Lelaki acuan AL QURAN tidak suka membuang masa
yang matanya penat kerana kuat membaca
yang suaranya lesu kerana sentiasa mengalun ayat-ayat NYA
yang tidurnya lena dengan cahaya iman
yang bangun subuh dengan kesyukuran dan rahmat Allah
kerana sehari lagi usianya bertambah

Lelaki acuan AL QURAN sentiasa mengingati mati
yang baginya dunia adalah ladang akhirat
yang mana buah kehidupan ini perlu dibaja dan dijaga
meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki acuan AL QURAN ialah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia
yang kerana dia mengimpikan syurga
kerana di situlah letaknya
'rumah impiannya'...
Dialah lelaki acuan Al Quran




Tiada ulasan: