Firman Allah SWT yang bermaksud :
" Katakanlah kepada lelaki mukmin; hendaklah mereka memelihara (menundukkan) pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka, kerana yang demikian itu lebih mensucikan hati mereka...." " Katakanlah kepada wanita mukminah ; hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka ......"
An Nur : 30-31
Dalam penafsiran ayat tersebut, Al Qurtubi menyatakan bahawa ; dalam ayat ini Allah SWT telah mendahului dengan memerintahkan agar mengawal mata sebelum menjaga yang lain-lain kerana mata merupakan PENGINTIP BAGI HATI dan pandangan mata juga adalah wasilah (jalan kepada) fitnah amali. Maka mengharamkan wasilah adalah lebih utama sebelum mengharamkan zina hakiki.
Ini dikuatkan oleh Hadis Nabi SAW yang bermaksud :
“ bagi setiap anak Adam ada bahagian zinanya. Zina kedua mata adalah melihat (sesuatu yang diharamkan seperti aurat). Zina kedua tangan adalah memegang yang diharamkan untuk dipegang. Zina kedua kaki adalah berjalan ke tempat yang menghampiri kepada zina. Zina mulut adalah mengucup atau mengucapkan sesuatu dan perkataan yang boleh membawa kepada zina. Zina hati ialah menginginkan melakukan zina sehingga mendorong anggota melakukan zina” HR Muslim dan Al Baihaqi

Mata adalah satu pancaindera yang menjadi punca mendorong seseorang itu kepada perbuatan zina hakiki. Melalui pandangan mata syaitan menyelitkan racun yang amat bisa pengaruhnya kepada hati seseorang sehingga hati yang telah diracun itu mendorong pula anggota lain selangkah demi selangkah menuju zina hakiki oleh kemaluan. Mata yang juga termasuk anggota atau pancaindera yang tergolong dalam larangan Allah SWT di dalam Al Quran bahawa ;
“ jangan kamu menghampiri zina” Surah Al Isra’ : 32
Ini bermaksud, kita adalah dilarang sama sekali menghampiri jalan-jalan atau wasilah yang mendorong seseorang kepada zina hakiki. Walaupun seseorang tidak sampai melakukan zina hakiki, tetapi panahan beracun syaitan melalui mata apabila telah sampai ke hati, maka kesannya boleh merosakkan amal seseorang dan menghilangkan nikmat iman dan ibadah.
RasulAllah SAW telah mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud :
“apabila seseorang lelaki telah memandang kepada mana-mana bahagian daripada tubuh perempuan yang menarik dan menawan hatinya, maka ia dianggap seperti PANAHAN BERACUN daripada panahan iblis, yang sangat segera memberi kesan dan membinasakan seseorang itu. Oleh itu, siapa yang meninggalkannya, maka ALLAH akan memberikan rasa kenikmatan dan kemanisan dalam ibadahnya” HR Al Hakim
Sebagai contoh : berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (bukan mahram), melihat perempuan atau lelaki dengan pandangan nafsu dan kadangkala pandangan yang ‘kosong’ juga boleh menjadi pendorong kepada nafsu dan sebagainya.
Kalau kita melihat atau merenung wajah atau berpandangan mata dengan seseorang sehingga menimbul rasa berahi dalam hati maka menyebabkan kita sentiasa terkenang dan terbayang-bayang akan orang yang hati kita tertawan. Bukan sahaja di waktu biasa, bahkan lebih dahsyat dan merbahaya sehingga terbawa-bawa dalam waktu solat. Jika seorang lelaki hatinya telah tertawan kepada wanita yang dilihatnya, maka dalam solatnya ia terbayang wajah wanita itu begitu juga sebaliknya. Syaitan tentu mengambil peluang untuk merosakkan lagi ibadah kita yang telah sedia rosak itu. Dalam hal ini, janganlah kita menyatakan “…tiada apa-apalah…dia tu suami orang..dia itu sudah bertunang… dan sebagainya” kerana panahan syaitan ini jika terkena khususnya kepada orang yang hatinya ‘sakit’ maka peranan syaitan itu sungguh besar untuk terus menjahamkan kita.
Atas dasar ini, maka amat patut ALLAH SWT melarang dan membataskan pandangan mata kerana pandangan mata adalah muqaddimah kepada maksiat dan dosa yang lebih besar. Bermula dari pandangan, hati meronta untuk bertemu, sentiasa mencari-cari alasan agar keinginan tercapai. Ingat!!! Syaitan memang menyokong dan mendorong agar kita mengikut kemahuannya. Daripada berpandangan…kemudian bertemu…dan terdorong untuk melakukan yang lebih dari itu…berpegangan tangan…dan seterusnya yang membawa kepada kemusnahan diri yang lebih besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan