Hawa …
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,andai engkau menjadi ibu,
didiklah anakmu sehingga dia TIDAK GENTAR MEMPERJUANGKAN AD-DIN ALLAH
Hawa …Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau akan jodohmu,ingatlah hawa !!!
janji Tuhan kita,
WANITA YANG BAIK ADALAH UNTUK LELAKI YANG BAIK
Jangan sesekali dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan mahram
kerana …aku khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan seterusnya dan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri
Hawa …Ketahuilah olehmu,
lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui perhiasan yang ditonjolkannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki
Tetapi,
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya dan yang penting pegangan agamanya Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan mahramnya kerana …
dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta
kerana … dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni
sebuah ikatan yang SAH di sisi Allah
itulah PERNIKAHAN
Oleh itu hawa,
jagalah pandanganmu, peliharailah auratmu,
awasi akhlak dan tingkahmu
dan TEGAK kanlah pendirianmu
sebaik-baik hiasan dunia adalahWANITA solehah
kau HAWA !
berusahalah segigihnya
mencontohi sifat dan sikap wanita-wanita contoh dunia
… Mariam … Asiah … Khadijah … Fatimah …
menjadi idaman lelaki soleh
adalah kerana iman dan akhlak mulia
bukan manis kata-kata
bukan indah senyuman di wajah
bukan ayu kerlingan mata
kerana…kau seorang wanita sudah memiliki kecantikan aslinya
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah cinta ibu bapamu yang memberi hangat kebahagian buat dirimu, cukuplah sekadar cinta saudara-saudaramu … keluarga … sahabat … yang membahagiakanmu ….
Hawa … Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana …
kau akan perolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah Cintailah ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan dapat berjumpa cinta yang seumpama itu
cinta itu anugerah …
cinta itu fitrah ketentuan Allah
cinta makhluk boleh datang dan pergi
tetapi
cinta Allah … cinta Rasul Allah …
cinta yang abadi
JANGANLAH SESEKALI TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA JUGA MENJADI ‘’TANGAN’’ YANG MENGGONCANG IMAN LELAKI kerana…kau seorang wanita
Dan..kerana telah ada amaran dari Baginda SAW
Wallahua'lam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan