Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Selasa, 26 Ogos 2008

:: PUDING ROTI BERSOS KASTAD ::

:: MENU HARI INI ::

:: Bahan-bahan ::

Bahan A :

1 bantal roti (lebih sedap dengan roti
wholemeal)

1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan Mentega / Butter

2 biji telur

600 ml susu segar


Bahan B :
1 cawan susu sejat

1 cawan air
1/4 cawan gula
3-5 sudu tepung kastad


Cara membuatnya :
Rendamkan roti dengan susu selama 15 minit. Sementara itu, pukul mentega, gula dan telur sehingga kembang. Masukkan pula roti yang telah direndam tadi dan kacau gaul biar sebati. Masukkan di dalam dulang acuan pembakar dan bakar pada suhu 175 darjah selama 45 - 50 minit.

:: Sos Kastad ::
Satukan semua bahan B dan masak di atas dapur sehingga mendidih. Boleh dihidangkan panas atau sejuk bersama puding roti yang telah dibakar tadi.






















** sukatan gula mengikut kesesuaian. Bagi yang suka manis boleh tambahkan lagi sukatan. Anggaran hidangan 8-10 orang.

Tiada ulasan: