Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Isnin, 25 Ogos 2008

:: NAGA SARI ::

Semalam....

Kesian ngan pisang yang banyak kat dapur tu... Dah masak semuanya... Tak sempat nak buat apa-apa sangat sebab sibuk lately ni... baru juga balik dari Terengganu Rabu lepas... Terasa jugak letihnya. Sibuk-sibuk duk pk nak buat apa.. last decide buatlah nagasari.

Sejenis kuih tradisional yang mak saya selalu buat masa kami kecik-kecik dulu.. Saya pun suka makan terutama pisangnya!!! Bahan-bahan dah beli dah di pasar tani so, bermulalah kerja memasak tepungnye. Semua saya main anggar saja nak buat banyak sikit untuk diberi kepada jiran. Tak terabis kalau saya dan habeeb saja yang memakannya.
Santan di masak bersama tepung beras...bubuh la garam sikit buat rasa-rasa lemak masin... dah masak dah... biarkan ke tepi dulu. Siapkan pula daun pisang...dilayur dulu atas api dan di 'trim' bagi sama rata saiznya. Selesai semuanya, mulalah operasi membungkusnya. Masukkan tepung dulu dan letakkan pisang di atasnya kemudian bungkus macam bungkus nasi lemak tu... Susun dalam periuk kukus dan kemudian kukus dalam 20-30 minit.

Nah!!! Inilah hasil nya...


Sama saje kelihatan macam kuih lepat...

Tiada ulasan: