Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Ahad, 20 Julai 2008

:: PETUA 2 ::

Nasi Hangit??? atau tidak tanak??? Biasalah... terror macam mana pun kita dalam bab masak nih terkadang tuh berlaku juga perkara-perkara yang tak kita duga dan sangka. Nasi Hangit? Biasanya yang masak atas dapur la nih...kalau masak pakai 'rice cooker' insyaAllah tiada masalah. Saya pun senang dengan masak nasi tenggek aje atas dapur lagipun bilangan isi rumah tidak lah ramai... Jika nasi hangit (sedikit la ye..bukan hangit macam dah rentung tu)... letakkan lada hidup atau bawang merah di dalam periuk dan tutup. Biarkan seketika, insyaAllah nasi tak akan berbau hangit lagi dan boleh dimakan.

Nasi tidak tanak? Kurang air agaknya! Petuanya mudah saja, letakkan kiub ais di atas nasi (ikutlah pada kerasnya nasi tu) dan tutup. Tanakkan seperti biasa. InsyaAllah nasi akan masak seperti selalu!

Sekian. selamat mencuba ye!

1 ulasan:

Jasmin berkata...

bagus jugok blog nih... byk info n byk citer... cahyok arrrr pren!!