Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Sabtu, 19 Julai 2008

Hari ini...
berdebar degup jantungku
bergegar rasa seluruh urat sarafku
tak seperti selalu

masakan tidak?..
entah saat itu bisa aku temui lagi
entah dapatkah aku berdiri
menghirup udara segar pagi
melihat indah ciptaan Ilahi
mungkinkah masih berkeizinan
melaksana rutin harian
serba dan serbi
itu dan ini

dalam detik-detik ini
apapun boleh terjadi
tiada mustahilnya
tiada penghalangnya
pabila "kun! fa yakuun"
atas izinNYA

apa sebenarnya
ku mahukan dalam sebuah perjalanan bernama "kehidupan"
apa yang ku titipkan
dalam bungkus bernama "bekalan"

apa pengajarannya
kujadikan pedoman dari sebuah titian bernama "usia"

kian bertambah lagi umurku di dunia ini
dan maknanya
kian susutlah umurku di sisi NYA
masa untukku kian suntuk
bantulah aku Ya Allah!
kuatkan aku Ya Allah!
izinkan aku Ya Allah!
untuk menjadi hamba yang mengikut acuan MU!


.......moga masih ada keizinan buatku dari DIA Kholiqku!.......



"...Alhamdulillah! Semoga dipanjangkan usiaku
dalam kebaikan dan kebajikan.
Ameen Ya Rabb..."


Tiada ulasan: