Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Selasa, 27 Februari 2007

.:: hanya satu persinggahan ::.




Kehidupan dunia merupakan ladang kepada kehidupan di akhirat. Andai ladang tak diusaha dengan betul dan bersungguh maka hasilnya tentulah tidak berkualiti dan menepati apa yang dikehendaki dan diperlukan. RasulAllah SAW menyifatkan hidup di dunia ini juga ibarat seorang pengembara @ musafir.

''Apalah erti dunia bagiku. Hubunganku dengan dunia ini laksana seorang pengembara yang sedang berjalan di bawah terik mentari. Tiba-tiba terlihat sepohon pokok, lalu pengembara berteduh sebentar di bawah bayang teduhannya. Sesaat kemudian, si pengembara akan berlalu pergi meninggalkan pohon itu'' Hadis Riwayat At Tirmizi

Seorang pengembara tentulah matlamatnya adalah destinasi yang menjadi tujuan perjalanannya dan pastinya ingin bertemu apa yang dinanti sepanjang pengembaraan. Alangkah gembira hati andai di akhir perjalanan yang begitu lama dan mungkin memerihkan ketibaan kita disambut dengan penuh 'kemeriahan dan layanan yang baik'.

Adalah menjadi fitrah, pastinya dalam perjalanan yang panjang (bagi sesetengah orang) dan mungkin tidaklah begitu lama (juga bagi sesetengahnya) pasti berhadapan dengan pelbagai cabaran mendatang. Kadang-kadang begitu asyik dengan indahnya pemandangagn di sepanjang laluan hingga terlupa kepada destinasi yang di cari. Itulah dunia!!! Baginda pernah berkata (yang maksudnya lebih kurang begini) '' Dunia itu ibarat hulwah (manisan) yang terasa sangat sedap untuk dinikmati tetapi tidak memberi kepada kepuasan, dunia juga ibarat hadharah (tumbuhan menghijau) yang tampak sangat cantik pemandangannya dari kejauhan tetapi apabila dekat hanya lalang biasa''

Peringatan demi peringatan Allah beri... panduan dan suluhan RasulAllah SAW dimaklumi tapi dek hati yang lebih 'hubbud dunya' maka semua ditolak ketepi.

Tiada ulasan: