Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Isnin, 26 Februari 2007

.:: kasih yang tertumpah ::.

Comel
Ibu, pada hari selepas melahirkan lima ekor anak-anaknya (adik comel dan manje) tetapi hanya tiga yang survive.
Manje

Sesungguhnya Allah itu MAHA Adil seadilnya! Biarpun yang dinanti belum menjadi satu kegembiraan buat kami tetapi kesunyian terisi. Hati ini telah tertumpah kasih kepada yang bernama Ibu, Manje dan Comel dan sekarang ada tiga lagi adik-adik 'mereka' yang sedang kian membesar... puteh, itam dan abu (kelabu)...

Tapi, yang ni bukan gambar puteh kami...kesian...puteh kami mata sebelah kirinya buta kerana luka sewaktu kecil. Perasaan sayang itu sukar digambar biarpun hanya kepada 'haiwan' kerana ini pengalaman yang pertama. Sungguh! Aku pernah menangis tatkala si comel tak lalu makan sampaikan kurus kering...walaupun dalam masa dua hari sahaja! Dan akhirnya kami tahu rupanya dia demam bila dibawa ke klinik haiwan. Manje pun pernah demam hingga kering badannya. Mujurlah berhampiran rumah ada klinik haiwan. Dan kini....giliran adik-adik 'mereka' yang masih kecil tu selalu kami usung ke klinik bagi mempastikan mereka sihat. Kesian... mereka itu haiwan... pernah ku lahirkan apa yang ada dalam hati kepada habeeb. Rasanya seperti ingin menjadi 'wira penyelamat kucing'! Sayangku bukan pada 'mereka' yang ada dirumah sahaja tapi pada yang lain-lain di luar sana!

Benarlah! Ini juga satu kenikmatan kepada kami yang mungkin tidak ditempuhi atau dirasai oleh insan lain. Biarpun hanya kepada 'kucing-kucing biasa kami'.

Tiada ulasan: