Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Ahad, 10 Ogos 2008

Siang tadi, Yun sekeluarga memenuhi undangan majlis perkahwinan adik kepada kawan Yun di Gombak. Kawan Yun ; Zura namanya merupakan kawan sekolah semasa kami sama-sama belajar di Madrasah Al Quran dulu. Tahun 1990-1993. Sewaktu di sekolah, kami agak rapat, bezanya Zura tinggal di asrama dan Yun berulang dari rumah memandangkan rumah ke sekolah hanya mengambil masa 5-10 minit sahaja dengan berjalan kaki.

Sebenarnya, kali terakhir kami berjumpa adalah sewaktu hari terakhir persekolahan selepas Syahadah I'dadiyyah dan kami langsung tak pernah berjumpa lagi melainkan berhubung melalui surat atau telefon. Maklumlah, zaman dulu belum lagi menjadi satu gaya hidup ber sms ataupun beremail.

Sepanjang perjalanan ke rumah ibu Zura (kami merujuk kepada pelan di kad undangan), hati berdebar-debar juga. Iyelah..dah berbelas tahun kami tak jumpa. Cuma ingat dan kenal suara apabila bercakap di telefon. Mujurlah juga habeb sudah biasa dengan jalan-jalan di sekitar Gombak, jadi agak lancarlah juga perjalanan kami.

Alhamdulillah, Allah mudahkan juga kami sebab senang nak jumpa kawasan rumah ibu Zura. Turun dari kereta, kami melangkah menuju ke khemah yang banyak itu... wahh!!! Meriah juga kawasan perumahan ni, walaupun kawasan taman tetapi suasananya meriah macam di kampung.

Dalam berjalan tu... dari jauh Yun dah nampak wajah yang dikenali dulu. Sesampainya, kami disambut tuan rumah termasuklah Zura. Kebetulan, sebelum sampai tu ada kawan adik Zura bersalaman terlebih dahulu dan Zura beritahu adiknya ada di dalam rumah. Dan... masa YUn bersalam tu Zura pun tanya ... "Ini kawan Ali jugak ye. Ali ada kat dalam rumah." Hrmmmm... memang Yun dah dapat agak dah sebab masa nampak Yun tu Zura selamba aje.. Huhuhu. Memang dia tak perasan Yun ponn. Nampaknya fizikalku ini benar-benar mengubah diri dari yang dulu! Huhuhuhu
Yun bgtau Zura ; " Bukan... saya bukan kawan Ali tapi saya kawan kakak dia...(sambil tangan berjabat)". Apalagi?!... Zura yang sedikit berkerut dahi (agaknya duk memikirkan sape lah agaknye), dia terus menjerit... "Laaa... Ko ke Yun. Lainnya!!!" dan kami pun berpelukan... Hahaha... ''gumuck'' sudahh!!!

Zura dah kawen lama dah... tapi masa majlis dia Yun tak dapat datang. Dah ada 2 orang anak, perempuan dua-dua. Dia memang tidak banyak berubah cuma semakin matang dengan gelarannya sebagai 'ibu'. Bagaimanapun, kami tak dapat nak berborak panjang sebab Zura dah jadi wakil ibunya sebagai tuan rumah jadi Yun pun tak nak lah mengganggu lama-lama. Faham-faham sajalah yer!

Tak sangka..itulah kata-kata kami berdua bila dah jumpa. Iye... memang kami tak jangka akan bertemu lagi. Apapun...syukur kepada Allah kerana memberi kami kesempatan ini... Entah bila agaknya kita akan berjumpa lagi ye Zura...?!..

Tiada ulasan: