Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Jumaat, 29 Ogos 2008

:: Menanti Kepulangan Ayah ::

Hari ini... rasa teruja sebenarnya. Sebab ibu dan ayah Safiah akan balik malam nih. Ibu balik hujung minggu dan ayah pulak balik dari Sabah selepas 18 hari di sana kerana ada operasi jabatan pendaftaran untuk mengesan PATI. Yang resah sebelum dia pergi adalah saya... bukan resah sebab Safiah akan ditinggal dengan saya siang dan malam tapi resah sebab dia belum pernah ditinggal dalam tempoh lama... Kesian pada Safiah..

Jadi... perasaan saya ini memang sangat gembira walaupun bukanlah ibu ayah saya yang nak balik tapi saya amat mengerti rasa itu... yang mungkin tidak lagi difahami oleh Safiah. Cuma, saya sudah beritahu dia banyak kali hari ni yang ibu dan ayahnya akan balik...

Sepanjang ayahnya tiada... dia tak pernah bertanya-tanyakan 'ayah'... mungkin dia mengerti ayahnya kerja jauh... Budak-budak... saya sendiri sebak bila memikirkan ... dahlah ibu tiada... ayah pun tak ada juga...

Sepanjang hari kami lalui seperti biasa... dan bila menjelang malam selepas Maghrib, Safiah sudah keletihan..tak mampu untuk saya tahan dia dari melelapkan matanya. Sesampai ibu dan ayah di rumah dia masih tidur... tetapi kemudian saya kejutkan... "dik..bangun. Ibu dan ayah dah balik". Mudah juga untuk dia buka mata...terkejut agaknya juga bila dengar suara ibu apatah lagi suara ayah... dia kelihatan seperti merajuk pun iye..malu-malu dengan ayahnya pun iye... langsung tak dengar suaranya sepanjang kurang lebih 10 minit dari dia bangun... Tapi..ayah pandai... akhirnya dengar juga bunyi dari kotak suaranya...
Gembira bukan kepalang... sampaikan lepas tu dengan saya dan habeeb pun dia buat tak tahu aje... Terlepas sudah rindu yang terpendam :))

Tiada ulasan: