Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Jumaat, 8 Ogos 2008

:: BUBUR KACANG DENGAN DURIAN ::

Durian yang sudah siap sedia untuk dimasak bubur


Musim durian dah abis dah kat area Muo mak kata. Kat sini ngah meriah sakan..durian Pahang pulak. So, masa pegi Pasar Malam semalam mintak la ngan habeebi belikan durian sebijik dua. Alih-alih dia bawak 7 bijik. Alhamdulillah! Duriannye kuning isinya. Alamakkk!!! Banyak-banyak ni abih la bau satu taman! Saya pun pk tak terabihnya nak makan sorang...lagipun tak makan banyak mana pun. Last-last, buatlah bubur kacang, boleh share ngan jiran tentanga sekali. Sekali lagi minta tolong habeebi belikan kelapa parut dan kacangnya. Lepas dah kupas durian, kumpulkan isinya, bersihkan kacang pulak. Blend kelapa parut. Semuanya main anggar aje... buleh la tuu...



Kacang Hijau yang dah siap dibersihkan

Rebus kacang separuh masak. Masukkan santan cair, secubit garam dan gula kabung @ gula melaka. Jangan banyak-banyak...durian dah manis. Bila gula dah mencair dan sebati masukkan durian dan kacau gaul. Last sekali masukkan santan pekat. Pastikan sentiasa dikacau gaul supaya santan tidak pecah. Kalau nak masukkan daun pandan, boleh juga. Masukkan diakhir proses memasak. Tapi saya tak berapa suka sebab durian dah ada baunya sendiri.

Hasyilnya... Makan dengan roti kosong atau biskut 'lemak'.
Nyummm..nyummm... Masuk peti ais pun best jugak!

Tiada ulasan: