Sudah menjadi rutin harian Tok Ki setiap pagi akan menyeberangi Sungai Perak dari kampungnya di Sayong ke gerai makan di seberang. Entah apa yang sedapnya teh tarik di gerai makan seberang tu pun tak tahulah?! Padahal setiap hari, isterinya Pah Biah tetap menyediakan sarapan pagi untuknya. Lelaki berusia dalam lingkungan 70-an itu tidak kira hujan atau panas, dia tetap setia menyusuri sungai dengan sampan bersama-sama pelajar-pelajar yang hendak ke sekolah. Dua tahun lepas, hatinya bertambah bahagia dan berbunga apabila sebuah jambatan telah dibina bagi memudahkan laluan penduduk ke seberang. Semangat tuanya semakin kuat, kini dia berbasikal pula ke sana. Pernah satu hari sekembali dari bersarapan basikal tua yang dikayuhnya terhuyung-hayang, lalu dia tumbang di tebing Sungai Perak. Mujurlah beberapa orang anggita polis yang turut bersarapan di situ bergegas membantunya. Tok Ki dihantar pulang dengan menaiki kereta polis. Bangga sungguh dia dapat naik kereta polis! Esoknya, dia menyorong lagi basikal tuanya yang tersadari di tiang rumah. "Udoh le tu bang. Tak payah le koma minum di kedai lagi. Koma tu bukannya sihat dah?" pujuk Pah Biah. "Elok dah... kalau keme tumbang tak pe, polis ada, dapat naik kereta polis lagi..." Dia senyum meleret kepada Pah Biah dalam tega kakinya menghayun kaki mengayuh basikal.
Begitulah tabiat manusia... apabila sudah berdarah daging berpuluh tahun dijadikan 'rutin' memang payah hendak dibuang. Lebih-lebih lagi bila menjelang usia senja, setiap teguran yang hendak disampaikan perlu lebih berhati-hati agar tidak mudah terguris rasa apatah lagi kepada yang bergelar suami.
Namun, jika masing-masing memahami isi dan tanggungjawab diri terhadap setiap perkara yang hendak dilakukan, maka insyaAllah teguran atau kritikan sekalipun tidak akan menjejaskan rasa apatah lagi jika membawa kepada rasa perhambaan dan ketaqwaan kepada Allah.
Ayuh! Suami dan isteri di luar sana... jangan abai dan lupakan tanggungjawab masing-masing dalam bab nasihat menasihatkan, betul memperbetulkan, ingat mengingatkan kerana kita semua akan dipertanggungjawabkan terhadap setiap apa yang dipimpinnya (dibawah jagaannya). WaLLahu'alam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan