Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Khamis, 26 Jun 2008

.:: isteri cerdik dan solehah ::.

Isteri... tempatnya memang di sisi suami. Wajib kepadanya mentaati (selagi dalam perkara yang tidak mendatangkan murka ALLAH)... menjaga diri dan maruah keluarganya. Tetapi, di zaman yang serba moden dan "canggih" sekarang ini, telah terlalu banyak wanita yang bergelar isteri terlupa akan hal-hal yang sewajar dan semestinya menjadi "kerahsiaan". Menceritakan tentang suami tak pandai itu dan ini... mengatakan suami tidak seperti itu dan ini ..walaupun remeh dan bagi kita sekadar cerita biasa kepada kawan-kawan atau mungkin orang yang hampir dengannya adalah suatu yang DILARANG sebenarnya. Kerana itu juga merupakan maruah suami apatah lagi kadang-kadang sehingga terlupa seolah-olah memburukkan atau mungkin merendahkan suami...Na'udzubiLLAH!!! Mudah-mudahan dijauhkan sikap dan sifat itu dari diriku...

"Sebaik-baik wanita (isteri) ialah apabila engkau memandangnya menyenangkan hati, jika diperintah ditaati dan jika ditinggalkan di rumah ia menjaga maruah dirinya dan hartamu"
HR An Nasaie
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Ingin menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada dirumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.



Nabi Ibrahim :
Siapakah kamu?


Menantu :
Aku isteri Ismail


Nabi Ibrahim :
Di manakah suamimu, Ismail?


Menantu :
Dia pergi berburu.


Nabi Ibrahim :
Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?


Menantu :
Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.


Nabi Ibrahim :
Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).


Menantu :
Ya, baiklah.



Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.



Nabi Ismail :
Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?


Isteri :
Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.


Nabi Ismail :
Lantas, apa jawapanmu?


Isteri :
Aku ceritakan kita ini orang yang susah.Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.


Nabi Ismail :
Adakah dia berpesan apa-apa?


Isteri :
Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.


Nabi Ismail :
Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.


Nabi Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar. Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.



Nabi Ibrahim :
Dimana suamimu?


Menantu :
Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.


Nabi Ibrahim :
Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?


Menantu :
Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.


Nabi Ibrahim :
Baguslah kalau begitu.


Menantu :
Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.


Nabi Ibrahim :
Apa pula yang ingin kamu hidangkan?


Menantu :
Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.


Nabi Ibrahim :
(Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkanperistiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).


Nabi Ibrahim :
Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).



Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang mencarinya.



Nabi Ismail :
Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?


Isteri :
Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.


Nabi Ismail :
Apa katanya?


Isteri :
Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.


Nabi Ismail :
Apa jawapanmu?


Isteri :
Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.


Nabi Ismail :
Adakah dia berpesan apa-apa?


Isteri :
Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.


Nabi Ismail :
Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.


Isteri :
Alhamdullillah.. Syukur kepada Allah SWT

Tiada ulasan: