12 Jun 2008 : Khamis
Janji temu yang ke 2 antara aku dan doktor pakar di Hospital Putrajaya. Dari jam 09:30 am mula berurusan sehinggalah jam kurang lebih 13:00 pm baru selesai. Jumpa dengan doktor untuk kali ke 2.
Banyak yang aku tanyakan tentang masalah tyroid ku. Kalsiumku yang masih lagi rendah bacaannya di bawah paras normal 2.15. Sehari aku perlu menelan 24 biji tablet, kesemuanya adalah ubat untuk menstabilkan fungsi tyroid dan kalsium dalam darah.
Sebenarnya, bila ada sakit?? masalah tyroid ni, aku memang merasa insaf...sangat-sangat... kerdilnya di hadapan Allah. Namun, aku tahu, Allah telah pilih aku agar aku tidak lupa tentang peringatan kehidupan ini. Memang itulah hikmahnya... Hikmah dari penyakit tyroid goiter yang aku hidapi sebelum ini. Sebabnya aku dah terlalu lalai dan leka dengan dunia. Mudah-mudahan tidak terus terleka dan alpa...
Dan sekarang.... disebabkan kelenjar tyroid itu dah dibuang maka masalah hypotyroid pula dekat padaku. Doktor kata memang begitu dan aku perlu mengambil ubat penstabil fungsi hormon tyroid seumur hidupku!!! Bukanlah bergantung kepada ubat...cuma sebagai satu perantara dan usaha. Allah jua yang menentukan... apapun mudah-mudahan aku sembuh dan sihat walaupun dengan menelan tablet ubat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan