Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Rabu, 18 Jun 2008

:: Besarnya Dosa itu! ::

Dosa yang dilakukan secara terus menerus itu terasa seronok pula dibuat oleh si nafsu yang misi dan slogan 'perjuangan'nya "SENTIASA BERBUAT MAKSIAT DAN KEJAHATAN". Tanpa pagar iman, siang dan malam manusia rebah dalam dakapan dosa dan akhirnya tanpa sedar dosa itu semakin menimbun dan membukit banyakkanya.

Asyik dibuai perlakuan dosa menjadikan pelakunya memandang remeh dan kecil dosa dan noda yang bersarang di hatinya. Apabila situasi sampai ke tahap ini, ia sepatutnya dan sewajarnya berasa takut dan bimbang kerana "ombak" kemusnahan akan menerjah diri dari segenap penjuru. Sesungguhnya, semakin kecil dosa pada pandangan dan fikiran manusia, maka ia akan semakin membesar di sisi Allah SWT. Kenapa manusia merasakan dosa-dosa sebagai kecil dan remeh sahaja ye? Jawapannya ; kerana implikasi dosa itu sendiri.

Manusia juga boleh memandang remeh terhadap dosa-dosanya kerana berpunca dari faktor imannya yang malap di jiwa. Lampu iman yang ibarat kehabisan minyak di dalam jiwanya itu semakin menyukarkan perjalanannya menuju kepada Tuhannya. Apa tidaknya, lampu hidayah itu bila saja terlepas dari genggaman akan menjadikannya hilang arah dan panduan.

Segala persepsi bercampur baur dan bersimpang siur. Bulat dikatakan bujur, baik dikatanya tidak, bahkan dosa dikata pahala! Rentetan itu soal dosan dan pahala bukan lagi isu besar padanya. Saat itu nafsu serakahlah yang menjadi jurucakapnya manakala syaitan terus dalam keadaan yang selesa menjadi mentornya!

Inilah yang sering dibimbangkan oleh para mukminin dan sholehin. Pada mereka kelazatan dan keseronokan dosa bila-bila masa boleh menjadikan pandangan seseorang gelap terhadap ketuhanan, kebenaran, kemuliaan, pembalasan dan keabadian. Kebimbangan mukmin itu ada benar dan alasannya. Allah itu, Tuhan yang boleh membolak balikkan hati sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa dikehendaki NYA. Sudah ada contoh-contoh yang mesti dijadikan iktibar, dari seoarang 'abid tetapi terpadam cahaya iman dan hidayah di dalam jiwa, terlungkup juga akibat asakkan dan desakkan bertubi-tubi oleh gandingan nafsu dan syaitan. Itu kesudahan perjalanan yang sangat menyedihkan. Bagaimana pula dengan kita???

Inilah yang cuba digambarkan oleh Rasullullah SAW dalam hadith baginda, daripada Ibn Mas'ud r.a maksudnya :

" Orang mukmin memandang dosanya
seolah-olah sebuah gunung
yang dibimbanginya akan menghempap ke atas dirinya
manakala orang-orang yang fajir pula
memandang dosa tidak lebih seperti seekor lalat
yang hinggap di atas hidungnya,
lalu ditepisnya begini, begini,
lalu ia (lalat) itu terbang "
HR Bukhari

Sewajarnya, hendaklah kita memandang dan beranggapan akan apa yang dikatakan dosa itu, semuanya besar belaka di sisi Allah SWT. Dengan itu, rahmat dan perlindungan Allah SWT, insyaAllah dipohon sentiasa memayungi kita.

WaLLahu'alam.

Tiada ulasan: