Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Ahad, 18 November 2007

Ada orang tanya saya, macam mane eh awak masak asam pedas ke..sambal tumis ke.. rasa lain lah. Berasa ... feel asam pedas tu ada...tak macam saya masak. Mesti tak jadi macam awak masak atau macam saya pernah makan di Muar atau di Melaka.

Jawapan saya begini, tapi ini pun berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa dalam memasak dan teguran dari mak saya waktu saya mula belajar dan pandai memasak dulu (terima kasih mak)!

Mak pesan, kalau nak sedap masak asam pedas atau sambal tumis atau apa-apa masakan yang perlu ditumis terlebih dahulu specially yang berlada, masa nak masuk dalam periuk atau kuali tu pastikan minyak bebetul panas dan MESTI ditumis hingga NAIK MINYAK nya. Ini bagi memastikan lada atau bahan kisaran betul-betul masak dan garing. Jika tidak, pasti akan ada bau macam lada tak tanak sebab tak garing betul etc. Ada juga sesetengah orang akan masukkan halba sebelum menumis bahan kisaran tadi. Tapi memang betul, mula-mula tak faham macam mana boleh tau ada bau tu ke apa ke yang macam tak berapa best la...

Menumbuk dan mengisar bahan masakan memang sama sekali berbeza dari segi kelazatannya. Menumbuk bahan dan kemudian menumis, pastinya lebih mudah dan sedap ini kerana tidak ada banyak air pada bahan.

Satu lagi tips masa hendak mengisar bahan, campurkan sedikit minyak masak supaya biji lada mudah hancur dan tumisan tampak cantik (masak pun kena cantik jugak!!!) Selepas bahan bebetul garing, masukkan ikan atau ayam terlebih dulu diikuti air dan sukatannya agak-agak ikan atau ayam tu "paras-paras" air aje. Kalau tak, pasti terlebih air dan kuah akan jadi cair.

Sambal tumis pula, kalau boleh jangan dimasukkan air yang banyak selepas tumisan garing, masuk ikut anggaran yang diperlukan sahaja. Jangan lupa masukkan hirisan bawang besar sebelum mengangkat keluar dari kuali. Pasti sedap lah!

Hrmmm...bab masak ni sebenarnya perlu selalu juga supaya skill tu ada! Hrmmm...tapi ini semua dari pengamatan saya. Mane tau anda ada tips lain untuk menyedapkan masakan asam pedas dan sambal tumis???

Tiada ulasan: