Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Khamis, 28 Jun 2007

Uteh (buta sebelah mata) ngan Opok



Opok dengan Uteh. Sebenarnya Uteh baru aje 'pergi' menemui penciptanya pada 25 Jun yang lalu. Aku sangat sedih sehingga menangis di klinik Dr Pet. Air mata ini sangat mudah mengalir...sensitif sangatkah aku??
Memang Si Uteh sakit beberapa hari lalu tapi aku sangka demam biasa kerana dia selsema. Rupanya selsemanya sudah menyebabkan paru-parunya bermasalah hinggakan dia tercungap-cungap untuk bernafas. Maafkan 'ibu' teh...ibu dan ayah sudah berusaha yang terdaya. Ibu minta maaf sebab ibu tak begitu prihatin dengan tahap kesihatan uteh. Dan...sebenarnya itulah hakikat sebuah kehidupan... "Kullu ummatin ajal"..dan sampai masanya uteh pergi...


Terima kasih Ya Allah! kerana KAU memberiku peluang mengasihinya dan semoga dia juga mengasihiku. Moga-moga uteh dapat menjadi saksi akan kebajikan ibu di 'sana' kelak. Ameen...

Tiada ulasan: