Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Selasa, 12 Jun 2007

Temanku...
Naikilah dikau akan sebuah kenderaa yang bernama 'Al Hadith'
Laluilah dikau akan jalan-jalan 'Al Quran'
dan pakailah akan dikau pakaian taqwa
hiasilah diri dengan keimanan
carilah kekayaan dalam qanaah
dan...
cukupkanlah kemahuanmu dengan syukur

Temanku...
Jadikanlah dirimu seorang bendahara atau penasihat
untuk menegur dan memperbetulkan 'seketul raja' di dalam jiwa
yang tugasnya memerintah akan indera

Gilaplah ia dengan ikhlas
kerana ikhlas itu satu kebahagiaan untuk Tuhanmu
serahkanlah pada sudutnya sebuah kejujuran
kerana ia lambang kesetiaan dan ketaatan

Teman...
pasaklah akan dirimu pada ambang dunia
dengan menjulangkan panji kalimah syahadah
dan nekadkan pada darah mudamu
untuk tersungkur mencium bumi
dengan gelaran syahid di medan jihad

Teman...
menyingsing fajar hidupmu
lebih gemilang berbanding diriku
yang kian berada di bawah mahligai ungu

Teman...
ikutlah jalan yang cuba ku sehalakan
untukmu..untuk mereka
kerana
kehidupanmu masih ada nilai harganya
dan jiwamu
masih belum ditumbuhi titik-titik noda
dan prasangkamu
masih teguh berbentengkan keyakinan
dan bukan dikelami
dengan redup buruk sangka

nah!
perbaikilah baju kehidupanmu
dan dengan itu
kau kan jelas memahami sebuah kebaikan

Tiada ulasan: