Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Khamis, 14 Jun 2007

... cinta yang hakiki ...

Ya Rabbi !
telah jauh aku berjalan
melepasi suku abad waktu umur dunia
dari kelahiranku


langkah demi langkah
ku atur satu persatu
ku susun demi waktu
ku cuba
mancari makna
cinta yang hakiki
agar beroleh bahagia
mengharap rahmat dan cinta
dari MU nan satu


Pengabdian diri ini
adakah kerana benar-benar mengharapkan rehdaNYA
atau kerana ikut-ikutan
kerana lahirmu dan lahirku
secara warisan
dari keturunan yang entah keberapa
benarkah cinta ini
adalah cintaku yang hakiki kepada Mu


Tuhanku!
aku bermohon terus-terusan
jangan kau palingkan hati ini
dari hidayah dan rahmat MU
setelah kau kurniakan kepadaku
petunjuk di jalan yang benar dan satu

Tiada ulasan: