Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Albums at WiddlyTinks.com

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam rahmat dan barokah Allah ...

... Semoga Hari ini akan lebih baik dari semalam dan sentiasa dalam  rahmat dan barokah Allah ...

... kullu'aam wa antum bikhair! ...

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum!
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya yang tidak seberapa ini. Mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada antum dan sebagai satu tarbiyyah untuk diri saya sendiri. InsyaAllah!


" Ya Allah! Bantulah Islam dan orang-orang islam seluruhnya, kurniakanlah kejayaan kepada Islam dan orang-orang Islam seluruhnya"


..........................................................................................

Isnin, 7 Mei 2007

... hidup pada memberi ...

Assalamu'alaikum WBT kepada pembaca blog saya. Semoga antum semua sihat dan sentiasa di bawah rahmat Allah SWT hendaknya.

Setelah sekian lama saya 'menyepikan diri' dari menulis atau berkongsi sesuatu di sini dek kerana kesuntukan masa di rumah bersama keluarga tercinta. Tetapi sebenarnya, mungkin saya yang tidak pandai mengatur masa kerana Allah bagi masa itu sama untuk setiap hamba iaitu 24 jam sehari!

Sedar tak sedar tahun 2007 telah memasuki kepada suku ke dua, sungguh pantas masa berlalu tanpa ada apa-apa yang berguna dilakukan khususnya untuk Allah! Sudah hampir 30 tahun usia diberikan NYA dan hampir 18 tahun saya perlu tanggung segala perbuatan sama ada baik atau yang tidak! Cubalah dihitung amar maaruf yang dilakukan.... adakah lebih banyak atau lebih sedikit berbanding nahi mungkar! ataupun mungkinkah tidak ada untuk ditimbang pada mizan Allah dek kerana tiada keikhlasan. Na'udzubillah!!! Tidak mahu menjadi orang yang muflis di dunia sebelah sana... tidak mahu!


"Ya Allah! Ampuni aku... tunjukkanlah aku ke jalan MU! Peliharailah aku di jalan yang Egkau redho!"


Hidup... sewajarnya memberi manfaat kepada orang lain,
memberi dengan ikhlas kerana NYA dan tidak mengharap akan balasan... Biarlah DIA yang menilai dan moga-moga kita mempunyai 'harga' di sisi Allah kelak. Jalan kebaikan dalam ISLAM terlalu banyak, destinasinya satu yang pasti, dan kitalah seharusnya memandu diri ke arahnya. Memang! Memang di kiri kanan jalan penuh duri dan halangan yang sedia menanti, terkadang alpa pula kepada keindahan sepanjang jalan, keindahan sementara yang sungguh mengasyikkan mata. Namun ingatlah! Indah di mata tidak kekal lama, duri menghalang adalah ujian tahap keimanan dan kecintaan kepada NYA.

Justeru, jangan salah menilai keindahan, jangan merintih dengan ujian. Hidup ini merupakan satu pengabdian kepada NYA. Marilah kita bangkit, berjalan di laluan kecintaanNYA, menyambung tugas khalifah, moga-moga ada sesuatu yang bisa memberatkan mizan kita di sebelah kanan!

Tiada ulasan: